angan saja kot



when i say i do. i do. i do. i do. i do. i do. love u.

itu lah ayat keramat akan aku katakan pada sang kekasih halal aku. yes! yes! (haha. berangan dulu sebantar, mana tahu menjadi kenyataan)

di sebuah rumah nan indah.

yunk, marilah sini duduk dulu. dari tadi buat kerja, tak penat?
ye lah abg. sebentar.
rapat sikit. saya nak bercerita. saya tahu awak suka saya pot pet pot pet.
saya tak kisah apa pun cerita abg. janji abg cerita dengan saya sahaja. tidak orang lain.
ye lah yunk, dengan awak sahaja. mana saya ada lain. awak kan kekasih halal saya. destinasi saya dunia akhirat.
alhamdulillah kalau begitu. abg kan tahu saya kuat cemburu.
hai lah yunk, bukan kah saya sudah awak yang punya? kenapa perlu cemburu?
abg, saya perempuan. cemburu tu lumrah, lagi pun saya layak. lainlah abg bukan imam saya atau kekasih halal saya.
ye lah yunk. udahlah, cemburu pun cemburu lah. sekarang dengar cerita saya.
ceritalah abg.
dalam mimpi saya, awk lah yang saya jumpa pertamanya perempuan. seingat saya, mimpi tu saya minta awak jadi kekasih saya.
kemudian?
tapi awak diam. saya terus pergi. saya berharap bila saya paling semula awak akan tetap di situ. tapi awak dah berlalu pergi. terkilan rasanya.
abg terkilan dalam mimpi atau sebaliknya?
dalam kehidupan sebenar. semua yang saya buat tidak kena. saya sendiri pelik kenapa jadi macam ni. padahal awak tidak pernah saya jumpa walaupun sekali. dan, pernah suatu hari saya bertekad mahu mencari awak. tak kira ke mana. tapi ada yang membataskan saya.
apa dia?
tanggungjawab saya pada Illahi. tanggungjawab saya pada yang Maha Kuasa. tanggungjawab saya pada ibuanda tercinta. tanggungjawab saya pada anak yang masih terasa kehilangan ibunya dulu. maafkan saya andainya awak kecewa mendengar ini. tiada niat saya mahu mengetepikan awak masa itu. saya takut semua tanggungjawab itu akan menarik saya ke neraka jahanam kelak kalau saya mengabaikannya demi mencari sesuatu yang tidak halal dan terpenting di antara yang terpenting. sungguh saya berat mahu melepaskan mimpi itu berlalu begitu saja. saya mahukan kebenaran, tapi..
abg, cukuplah tu. jangan persalahkan diri lagi. saya ikhlas terima abg apa adanya. cara abg menerima saya tanpa melihat saya dahulu sudah cukup buat saya berkata saya terima. ramai menduga abg bahawa saya buruk rupa, cacat sana dan sini, tapi abg percayakan bahawa jalan istikharah abg memilih saya. alhamdulillah abg.
terima kasih sayang..
abg, semua jalan yang abg pilih membawa perkara yang baik dengan adanya ikhlas dan redha. cinta saya kini milik abg selepas Allah dan Rasulullah. insya Allah, jika kita di pertemukan semula di syurga. tiada yang bernilai ketika itu, melainkan rahmatNya. terima kasih abg untuk semuanya, begitu juga adam yang setia menjadi peneman saya. adam menjadikan saya sekuat ibunya dan sesetia bidadari abg yang pertama.
sayang, jangan cakap macam tu. abg tiada nak membezakan mana bidadari yang pertama atau ke dua. abg mahukan keduanya menemani abg di akhirat kelak. mudah-mudahan. abg bukan mencari pengganti hati, tapi seseorang yang berkata , saya terima.


sekian. angan aku begitu. tapi tiada siapa tahu, melainkan Allah. mudah-mudahan segalanya baik dari sisiNya. amin.

Comments

NurAinNordin said…
wahhh , kalau la my hubby mcm tu.
Farhana. said…
alahhaii..
hehe nak juga berangan !!! :D

Popular Posts