cerita 4:

"shit. dah langgar orang terus blah. biadap", ngomel qaid sendiri sambil mengutip kertas kerjanya yang berterabur di lantai kopitiam.
"i back your pardon, sir", ujar lelaki tersebut sambil menciut bahu qaid kasar.
"could u behave yourself? dahlah langgar orang. then, terus blah. tak boleh ke minta maaf?", balas qaid dengan nada marah.
"hei, lantak aku lah nak buat apa pun. kau nak ajar aku, kau siapa?".
"aku bapak kau, kau nak cakap apa?".
"kurang ajar", balas lelaki tersebut lalu menumbuk qaid.
qaid jatuh tersungkur dan hidungnya berdarah. debgan rasa geram, qaid bangun lagi dan menumbuk semula lelaki tersebut. apabila lelaki itu jatuh, qaid menyepaknya. lelaki tersebut mengerang kesakitan. tanpa mempedulikan lelaki itu, qaid terus berlalu pergi.

........................................................................................................................................................

"abang, kenapa ni? sampai berdarah. abang gaduh lagi ke?", tanya anasuha kepada qaid yang baru pulang ke rumah. jam sudah menunjukkan pukul satu pagi.
"tak ada apa-apa. mak dah tidur?", tanya qaid pula.
"baru je tidur. macam biasalah, tunggu abang balik tapi lambat. abang, sampai bila abang nak jadi macam ni?".
"ana, abang dah letih ni. esok jelah kita bincang", balas qaid kemudian menaiki anak tangga ke kamarnya.
ana hanya diam, kecewa dengan sikap abangnya.

.......................................................................................................................................................

"ana, boleh tolong cepat tak. apasallah lembap sangat siap harini", jerit qaid dengan nada marah. moodnya masih tidak baik gara-gara kejadian malam tadi.
dengan wajah selamba ana memakai kasut dan masuk ke dalam kereta. dia tidak memandang langsung kepada abangnya. kecewanya masih berbaki. malas hendak memikirkan lagi tentang abangnya yang satu itu. segala nasihatnya tidak di endahkan.

"nanti balik, ana tumpang muna. ana nak pergi mall dengan dia. abang tak payah tunggu ana nanti", beritahu ana kemudian masuk ke pejabatnya.

"akak, kenapa dengan cik ana? masam je. muna ajak dia pergi lunch pun dia tolak", tanya muna dengan menggunakan panggilan cik lagi tanda dia masih menghormati majikannya.
"entahlah muna. akak pun tak tahu", balas kak nani.

.......................................................................................................................................................

"muna! mana ana? ke mana awak bawa dia! awak nampak tak jam dah pukul dua pagi! sejak awak berkawan dengan dia, dia sudah berani pulang lewat ke rumah! apa yang awak guna untuk hasut dia hah?", marah qaid apabila muna menjawab panggilannya.
"apa encik cakap ni?", tanya muna semula yang terperanjat apabila di marah begitu. lagi sekali hatinya tercalar dengan tuduhan bosnya itu.
"awak jangan nak pura-pura! saya tahu awak yang jadikan dia macam ni! sampai sekarang dia belum pulang ke rumah tahu tak! kalau ada apa-apa berlaku pada dia, saya tak akan maafkan awak! saya akan saman awak permpuan tak guna!", bentak qaid lagi.
"encik qaid, saya di rumah. ana tak ada dengan saya. saya tak ada keluar dengan dia hari ini!!", balas muna dengan sabar lagi.
"cukup lah! saya tahu awak yang hasut dia jadi macam ni. dah tiga hari dia pulang lewat gara-gara keluar membuang masa dengan orang tak guna macam awak! memang mak bapak awak ajar awak cara untuk rosakkan orang lain ea!".
muna tidak dapat membendung sabarnya lagi. kali ini encik qaid sudah melampau. sakit telinga apabila mak dan ayahnya di tuduh sebegitu.
"how dare u! enough ! u are to much encik qaid. i really don't know where she was! please stop call me 'perempuan tak guna'! one mero thing, u yang tak guna! i don't care if u want to fire me! thank you for all your kindness", ujar muna kemudian mematikan telepon bimbitnya.
sebentar kemudian dia termenung. tidak di sangka dia akan berkata begitu kepada bosnya sendiri. tiba-tiba dia terfikirkan ana. pelik. ke mana pergi sahabatnya itu pada waktu sebegini? hatinya di amuk risau. lantas jarinya mendail nombor anasuha.
"ana, mana kau pergi? abang kau cari. baliklah rumah ana", ujar muna apabila ana menjawab panggilannya tanpa sempat memberikan salam pun.
"aku tak pergi mana pun. saja nak bagi pengajaran kat abang aku".
"baliklah ana. jangan buat dia risau. aku tak suka dia marah-marah".
"yelah. terimas risaukan aku. assalamualaikum", ujar ana kemudian mematikan telefonnya.

...................................................................................................................................................

"ana, mana ana pergi. puas abang tunggu. apa ana dapat keluar sampai lewat malam dengan perempuan tak guna tu?", ujar qaid.
"abang, cukuplah tu. bukan salah muna. dia tak tahu apa-apa. ana tak keluar dengan muna pun. ana buat semua ni sebab abang. sebab abang, bukan siapa-siapa. abang sedar tak, hidup abang macam tak de gunanya. mana perginya abang ana yang peramah, riang dulu? abang tahu tak, bukan ana je sedih abang jadi macam ni, mak pun. sampai hati abang buat mak macam ni. abang tak ingat pesan abah?. wake up abang", ujar ana tanpa berselindung lagi dengan abangnya.
"ana tak paham apa abang rasa", balas qaid.
"siapa ana untuk tak paham abang? ana ni adik abang. semua ana tahu. cukuplah abang, abang selesa sangat ke dengan perangai abang sekarang yang macam orang gila? suka sangat nak marah dengan hina-hina orang, dan sebab itulah ramai pekerja abang berhenti. balqis tu cuma kenangan abang je, percuma kalau abang nak musnahkan hidup abang sebab dia. sekarang dia bahagia, tapi abang?".
"sedarlah abang. takkan abang nak tengok balqis tu bangga dengan apa yang dia dah uat kat abang? mesti dia fikir yang abang tak boleh hidup tanpa dia. abang nak ke dia rasa macam tu? tengoklah betapa rendahnya nilai muhammad qaid bin razak di mata balqis natasha. ana tak tahu apa yang abang tergila-gilakan sangat dengan dia tu. perempuan bukan di ciptakan untuk menghancurkan hidup lelaki, tetapi menjadi sebahagian daripada kejayaan seorang lelaki. lupakan lah balqis, abang. tolonglah bina hidup baru abang lagi. jangan kecewakan mak berterusan. ana tak sanggup tengok mak nangis setiap kali fikir tentang abang", sambung muna lagi sambil matanya menahan sebak.
tanpa menoleh lagi, ana terus ke kamarnya. puas hatinya dapat melepaskan segala rasa yang terbuku sejak abangnya berubah. apa yang di katakannya itu adalah kerana kasih dan sayangnya kepada abangnya yang mahu menghancurkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.
qaid tersedar dari lamunannya. sebentar tadi dia bagaikan terpana dengan kata-kata adiknya. hatinya terdetik, mungkin benar apa yang ana katakan. dia sudah banyak berubah hanya kerana seorang perempuan benama balqis. dia perlu bangkit memperbaiki diri sendiri. peristiwa tali pertunangannya diputuskan membawa kepada kematian ayahandanya tercinta. ketika itu ayahnya mengetahui kecurangan balqis lalu memutuskan pertunangan mereka tanpa persetujuannya. dan apabila dia tahu akan beriita itu, dia nekad mengejar balqis yang dalam perjalanan ke KLIA untuk berlepas ke LONDON. kononnnya dia mendengar cerita bahawa balqis pergi kerana keputusan ayahnnya. ayahnya cuba menghalang tindakannya, tetapi malangnya ayahnya terlibat dalam nahas jalanraya. pendarahan di kepala yang teruk menyebabkan nyawa ayahnya tidak dapat di selamatkan. peristiwa hitam itu menjadikannya keliru di antara kebenaran dan kepalsuan. sejak itu dia menjadi seorang yang panas baran apabila berhadapan denan pelbagai masalah. dia juga tidak dapat mengawal diri dalam apa-apa jua situasi tegang. sifatnya benar-benar berubah. kini baru dia sedar selama ini dia sudah tersilap langkah.

Comments

Popular Posts