sang adik dan....
ermm...
ada satu perasaan yang hadir dalam diri ini bila kau pergi
aku selalu tidur kat katil kau , sebelah kau
borak dengan kau
singgah bilik kau
dengki kau
kenakan kau
perli kau
bising-bising kat kau
kejut kau pagi-pagi mintak tolong gosokkan baju sebab kau tengah cuti semester
dan sebab aku malas juga(tapi kau terus tidur tanpa menghiraukan suara merduku yng mengejut pagi , comel lah konon .)
kritik apa kau buat
bercerita pasal semua perkara kat kau
tapi sekarang
kau pergi begitu saja
tanpa pesan
tanpa pamit
tanpa wang belanja juga kepadaku . haha .
rasa macam nak nangis pulak . haha .
ini semua sebab kau macam comel je( jangan bangga pula )
sebab kau banyak mulut daripada aku
sebab kau banyak cerita daripada aku
sebab kau banyak modal daripada
sebab kau banyak pengalaman daripada aku
sebab kau banyak ilmu daripada aku
sebab kau banyak berkorban daripada aku
sebab kau banyak sengal daripada aku
haha
tapi kak..
kau tak banyak
kau satu je
tak ada yang boleh ganti
aku pon tak mahu kakak lain daripada kau
( saya di rumah sendiri . tapi kau..pergi jalan-jalan pulak . cepat balik . )
Comments
sayang kau lah angah.
:P