Kehidupan baru, insya Allah

Assalamualaikum..
Waalaikumussalam..


Dengan ini, bismillah lah pada tiap senyuman kita :)

Hidup baru bermaksud bukan dah kahwin ke apa. Tapi dengan niat dan azam yang baru.
Jatuh bangunnya pqa, ALLAH ja tahu.
Tak mengapa, bukan perlu cerita sedih semua orang tahu.
Beberapa ketika bila ingat semula, sakit rasa. 
Tapi, bila masa semakin ke hadapan, pqa rasa macam Alhamdulillah.
Mungkin lagi bagus kami tak pernah pun menjadi yang teristimewa, tapi biarlah sekadar sahabat.
Sahabat itu ALLAH izinkan, dari berpasang-pasangan yang bukan-bukan.
Walaupun penah mengharap, tapi let the one win.

Ayat yang selalu pqa guna bila nak pujuk hati, kenapa perlu sedih kalau dia dah jumpa yang lagi baik? Kan?
Pqa belum cukup baik untuk jadi yang terbaik macam dia.
Jadi, ALLAH gantikan dengan yang terbaik buat dia.
Mungkin juga bukan gantikan pun, sebab pqa tak pernah pun jadi yang istimewa, tapi ia "DATANG" terus buat dia.
Alhamdulillah.
Lagi sekali, kenapa pqa nak cemburu kalau dia jumpa yang lagi solehah dan tahu hukum agama lebih-lebih lagi dari pqa yang banyak lagi nak belajar.
Mungkin pqa banyak lagi yang belajar.
Lagi masa kehadapan, lagi banyak pqa belajar menyenangkan hati sendiri dengan pujuk sendiri.
Pqa mahu cipta cita-cita buat ALLAH, ibu ayah dan kepuasan diri sendiri.
Takpa, doa pqa selalu ada buat dia, selalu.
Sekarang rasa tuh dah senyap, bukan dihalau, tapi dihapuskan.
Pqa takkan mungkin ambil bahagia orang, hak orang. Sebab pqa taknak nanti orang ambil hak pqa.

Dan apa yang pqa pegang, kata-kata HASAN BASRI:  



Hasan Basri ditanya : Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
“aku tahu REZEKI ku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. aku tahu AMAL ku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku aku sibuk beramal salih. Aku tahu ALLAH selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat, dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dgn Allah”.


Jadi, jodoh pqa, pqa tak perlu risau dan sibuk cari, kerana jodoh pqa ALLAH dah letak dan takkan ada siapa yang akan rampas, jadi apa nak risau. 

Tagih janji ALLAH, yang baik akan dapat yang baik, dan begitulah sebaliknya.



Life must go on. Pqa boleh :)
#Hiduplah dengan rasa esok kita akan mati, sebab dengan itu kita akan beribadat ibarat esok tiada lagi, dan bekerja keras ibarat esok akan hidup lagi.

Comments

Popular Posts