Alhamdulillah, dah 1434H.

Assalamualikum..
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh ahli keluarga baginda s.a.w.

Alhamdulillah semakin meningkat usia, makin kelihatan apa itu erti hidup. Mencari apa sebenarnya ada dalam agama Islam itu sendiri. Tidak mahu lahir saja dalam Islam, tapi biar ia selari dengan gelaran. Biar Islam pada maksud, jangan pada nama sahaja.



Hikmah disebalik pqa tak balik rumah even cuti 5 hari : Dapat pergi sambut Maulidurasul kat Penang. Btw, dalam kampus je, takpa lah, daripada tak ada kan. Kalau diimbas balik kali terakhir sambut maulidurasl dengan penuh erti masa sekolah menengah dulu, masa tingkatan 5.

Kalau nak cerita semula, masa tu pun masih budak hingusan lagi. Pergi maulud kena janji dengan kekasih nak pakai baju sama kaler. Pqa tak fikir maksud hari sebenar itu, cuma yang ada dalam kepala nak memperlihatkan "kami" sweet. Ermmm, astagfirullah, kalau lah dapat diputarkan masa kembali, pqa bukan tak mahu kenal dia, cuma biarlah kami sekadar kawan dan menjaga batasan masing-masing. Kan itu lagi indah, tapi, tak apalah, pengalaman beri pengajaran. A lot!

Mungkin kalau pqa tak kenal dia, pqa takkan tahu apa erti taubat. Astagfirullah..
Mungkin juga tak tahu apa manisnya itu dan ini, apa pahitnya itu dan ini. Kan?
Buang yang keruh, ambil yang jernih selagi boleh. Insya Allah.




Dan sekarang, pqa mahu melihatnya dari perspektif berbeza sikit, jiwa muda yang sama, cuma, biar ikhlas kerana ALLAH, insya Allah.

Iringilah ingatan kepada Rasulullah s.a.w yang dirindui dengan selawat. Semoga Rasulullah juga merindui kita. Ya, ketika hampir wafat pun nama umatnya meniti dibibir, apalagi ketika hayatnya. Kasihnya terlalu besar. Sebesar perjuangannya menegakkan Islam.

Pernah kita terfikir? Kalau kita berada pada zaman Jahiliah, mampukah kita menerima Baginda? Mampu?
Mungkin kita akan membelakangkan Baginda. Astagfirullah.
Andai saja Rasulullah berada di hadapan kalian, apa yang kalian akan buat??
Tanya hati, jawab dengan kasih dan rindu pada Baginda.
Aku mohon kita bersama, titikan selawat di bibir. Buat Baginda s.a.w tercinta.

Terlalu banyak yang Baginda korbankan menegakkan Islam dulu, sehingga kini.
Ciri dan contoh muslim terbaik, teladan sepanjang zaman.
Akhlaknya adalah Al-Quran.
Seindah Al-Quran, begitulah Rasulullah s.a.w.
Seindah ALLAH, pencipta yang mencipta Baginda s.a.w.
Subhanallah Ya Allah.



SALAM MAULIDUR RASUL 14324H :']

Comments

Popular Posts