Pengalaman, mematangkan dan membudakkan kita ^^,

Assalamualaikum..
Waalaikumussalam..


Pembaca yang membaca, harapnya sihat belaka. Amin ya ALLAH :")


Macam ada beberapa topik yang menarik sejak akhir-akhir ini. Mahu diutarakan, tapi risau pula ada yang berkecil hati bila membaca ingat pqa sindir dia ke apa. Tidak, pqa cuma bercakap mana yang perlu yang pqa rasa pqa perlu bantu sikit-sikit.


Pqa punya kawan, sudah lama katanya menahan rasa dari berpasangan. Katanya tak sabar nak mendirikan rumah tangga, bukan kerana nafsu, cuma memenuhi hati yang kosong.

Situasinya pqa pernah rasa, cuma beberapa ketika. pqa tak tahu nak cakap macam mana, tapi percayalah dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Apa yang terjadi tiap saat itu dari Dia. Minit pertama kita rasa nak kawin, minit kedua kita rasa sedih kenapa tiada seseorang disisi kita sebagai peneman setia, minit seterusnya hati kita pedih.

Tiap minit itu ada hikmahnya.


Percaya pada Allah, dan Sabar pada apa yang kita rasa walaupun sedikit.
Bersangka baiklah pada Allah.


Pqa punya beberapa tips yang terbaik yang insya Allah boleh kita buat sama-sama untuk mengalihkan rasa sedih atau rasa suka kat seseorang tu ( dan mungkin ada rasa yang kita nyorokkan tapi rasa sakit, belum sampai masa nya nak beritahu maksudnya). Sekali lagi pqa tegaskan, bukan buang atau padam rasa tu, cuma alihkan sahaja. Kerana, cubalah padam dengan apa-apa pun, pemadam, liquid paper, air liur, koyak, pasti tak boleh kalau tetap ALLAH tak izin kan.

Pertamanya, sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Keduanya, tidur malam sambil bertasbihlah, ALLAH kan Maha Mendengar.
Ketiga, carilah sahabat, biar beribu, asalkan tidak tertumpu pada yang jatuh kasih tuh.
Keempat, bangun malam buat tahajjud.
Kelima, buat solat sunat sebelum dan selepas solat lima waktu tuh.
Keenam, buat solat dhuha.
ketujuh, ingatkan diri kita, biar kita dahulukan cinta pada ke DUA IBU BAPA kita.
Kelapan, ingatkan diri kita, cintakan cita-cita dahulu baru cinta kita.
Kesembilan, berboraklah dengan kedua ibu bapa tentang perasaan kita, tiap apa yang kita rasa, jangan simpan walaupun secebis, Biar ibu kita tahu apa yang anaknya sedang berjuang, insya Allah.
Kesepuluh, eratkan hubungan dengan keluarga.

Sepuluh cara, memang macam banyak, tapi cubalah. Biarpun sedang berjalan, gerakkan tangan, hati lidah dan akal bertasbihlah padaNya.
Rasa tu bukan hilang nanti, cuma ia ditutupkan sebentar. Percayalah, jalan Allah itu cantik, secantik yang menentukanNya.

Mungkin akan ada sesetengah orang yang akan perasan anda sedang berjuang, sedang tabah. Dan orang itu pasti sedang melalui apa yang anda sedang lalui. "Kita sama" , katanya mungkin dalam hati.

Mungkin juga kalau tengah free2, dengar lah ZIKIR TERAPI HAFIZ HAMIDON. Dengar betul-betul, fahami apa maksudnya, insya Allah :')
Ada banyak, Hasbi Rabbi, Ya Latif, Astagfirullah dan sebagainya.

"Awak, selagi kita punya waktu dan rezeki mencipta kejayaan di menara gading yang tertinggi, ciptalah. Bila sampai masnya nanti, tiada siapa akan halang kita nak bina masjid, insya Allah ^^, "

Cuma,

Di pertengahan jalan, jika sudah penat kau berjuang, menangislah pada ALLAH, pasti ALLAH akan kuatkan lagi hatimu. Sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad mempertahankan hawa nafsumu.



Lihat, mari berjuang bersama, hiyyaaarrggghhhhh!!!

La Tahzan, ALLAH bersama kita ^^,

Comments

Popular Posts