Pesan beberapa tahun dahulu dari Nabi Idris


Assalamualaikum..
Waalaikumussalam..

Cuti pqa, pqa tak tahu nak buat apa bila tibanya malam. Siang di kedai, malam di rumah. Sebelum ianya jadi membazir dan terus dipenuhi godaan syaitan. En google di cari bagi memenuhi makanan nurani. Insya Allah..

Kisah nabi dicari, 
Buat mengisi jantung hati,
Adam dan hawa serasi,
Nabi Idris penuh motivasi.
Insya Allah....

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiara Nabi Idris a.s ialah : 
1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada 
Allah s.w.t. dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada 
Allah s.w.t.
6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8 . Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada 
Allah s.w.t.  atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Jarang pqa dengar sebahagian daripada nasihat ini. Alhamdulillah perkara baru, insya Allah.

Hati bukan tempat dicaci,
Bukan juga tempat dibenci,
Biar subur cinta Illahi,
Biar kukuh hati sanubari.
Amin....

Awak-awak yang membaca, share pun boleh. Tak kena bayar, apalagi kena bagi hadiah. hehe :)

Comments

Popular Posts