AdaMu


Tiba-tiba gambar awak hilang..

Bukan saya delete, tapi lapy ini kena format semula..

Tiba-tiba boleh dah padam segala mesej awak..

Bukan saya sengaja, tapi saya mahu..

Tiba-tiba saya boleh berhenti cakap soal awak..

Bukan saya niatkan, tapi dia berhenti dengan sendiri..

Tiba-tiba saya dah lama tak stalk facebook awak..

Bukan saya menidakkan, tapi dia berhenti dengan sendiri..

Tiba-tiba saya dah jadi tak kesah kalau pun awak im saya atau saya nampak awak appear online kat facebook..

Bukan sebab saya tak nak pandang dengan sengaja, tapi ia berhenti dengan sendiri..

Tiba-tiba saya terfikir yang lama dah tak fikirkan awak..

Bukan sebab saya menolak nak fikirkan apa yang awak sakitkan saya dulu, tapi dia berlaku dengan sendiri..

Mungkin sebab saya mohon Allah bantu saya bangkit semula..

Bukan jangka masa yang kejap, tapi lama..

Saya tak benci awak, tapi macam dah tak kesah kalau awak ada atau tak untuk sayang suka cinta saya..

Sebab saya mahu yang benar buat saya, yang ditakdirkan dari Allah buat insan biasa ni..

Tahu kenapa? Sebab saya tahu saya mampu takat mana untuk seseorang..

Kalau pun tak ada, insya Allah adanya Dia tempat segala sudah cukup..

Kan Allah janji, tiap orang ada takdir dia sendiri, sejak lahir lagi sudah ditulis oleh malaikat atas perintah Allah bagaimana rezeki, jodoh, celaka, bahagia seseorang tu..

Niatlah, cukup hidup dan mati untuk Allah..

Yang lain cuma pinjaman. Bukan menoloak nak bahagia, tapi syukur dengan setakat apa yang ada kini dan akan diusahakan sebaiknya untuk hidup didunia buat bekalan nanti..

Sedar tak? Ini aturan hidup yang Dia buat. Perasan tak?

Comments

Popular Posts