Ramadhan :'

Bismillah....
Assalamualaikum...
Waalaikumussalam..

"Ramadhan kian berlalu.. adakah Ramadhan kali ini merupakan titik perubahan besar bagi kita? atau hanya berlalu tanpa apa2.. td ad tazkirah.. siapa yg x berubah pada bulan ramadhan, amatlah sukar untuk berubah di bulan2 lain.. tundukkan muka sebantar.. cuba muhasabah diri.. adakah Ramadhan kali ini sia2?..cuma sekadar menanti syawal yg meriah.. tepuk dada tanya iman.. Nabi Muahammad S.A.W tak pernah ajar umatnya terlambat...." (dari petikan fb kawan pqa)

Syawal makin hampir, tapi Ramadhan berlalu pergi.
Kata ayah, para sahabat dahulu menangis kerana Ramadhan pergi. Manusia macam kita? Apa kita rasa?

Kata kawan pqa, muhasabah diri...

Ramadhan pqa kali ini, pqa mengharapkan lebih dari Ramadhan sebelumnya. Tapi, kita mampu merancang sahaja. Pqa juga mengaku, tiada usaha seluas lautan pqa hamparkan, cuba sekadar yang mampu. Ada juga terlalai dari tanggungjawab, walaupun dalam Ramadhan yang mulia.

Hati manusia, hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih atau tidak Ramahan pergi, muhasabahlah diri. Entah sempat atau tak kita nak temukan Ramadhan berikutnya. Apa yang pqa rindukan bila dah balik kampung ialah rindu nak terawih kat pusat islam kat Penang. Suasananya berbeza dengan terawih kat sini, tapi sayunya hati bila fikirkan semula cuma sedikit sahaja ibadah pqa buat, pqa jadi sayu. Rugi besar sangat rasanya. Subhanallah ya Allah.

Kata ayah tadi, kenapa angah balik awal sangat? Patutnya malam terakhir inilah angah buat terawih semaksimum mungkin.
Pqa tak jawab apa, cuma diam je. Sayunya hati..


Ayah, betul apa ayah cakap. Angah terlalu rugi. Tapi, hati angah, Allah saja tahu bagaimana bila ianya pergi. Kata sahabat angah, mungkin terlalu besar hikmahnya bila Ramadhan tu cuma sebulan, tidak sepanjang tahun. Benar kan?

Pqa bukan tak suka berada di rumah, ada segalanya berbanding di Penang. Tapi, ijtihadnya pqa dengan ilmu buat pqa sangat berhati-hati dengan masa. Bila kat rumah, dengan yang tersayang, pqa jadi leka sebentar. Insya Allah, ini yang pqa mahu ubah selepas ini, di mana pun pqa duduk menjadi khalifah Allah, pqa mahu hanya Dia di hati, tiada lain selain Dia. Dia kan yang beri Ramadhan itu, jadi Dia lah yang Maha Segalanya.

Tidak mengapalah wahai hati jika sudah tiba masanya Ramadhan berlalu pergi,
Kuatkan hati dengan tasbihNya.
Biarkan Ramadhan pergi mengikut Penciptanya, tapi cuba istiqamahkan dan lebih perbaiki apa adanya kini.
Nekad, jadikan lebih baik dan baik. Insya Allah :'
Ya Allah, aku yakin Kau pasti bantu. Pasti.

Comments

Popular Posts