Ramadhan lepas ada kenangan.
Kalau tamak, dah lama aku tak peduli perasaan perempuan tersebut.
Kalau tak ada hati, dah lama aku rampas hati kau semula.
Kalau tak ada ikhsan, dah lama aku paksa kau pilih aku juga.
Kalau tak ada perasaan kasih, dah lama aku rebut kau dari perempuan tersebut.
Tapi, kerana agama yang satu, aku tahu pasti ada lagi yang terbaik Allah persiapkan untuk hambanya ini.
Aku percaya, sabar itu besar kuasanya.
Ramadhan lepas, teringat juga sekarang.
Janji kau, bukan aku.
Tapi, sekarang Allah aturkan jalan terindah buat hambanya ini.
Gembira dengan yang menghargai adanya aku.
Kadang ralat tu rasa, tapi istigfar dipanjangkan.
Ramadhan kali ini mengharap kasih lebih dariNya, Ya Allah.
Cintakan hambamu ini pada Kau, Yang Satu :')
Comments