status facebook
Assalamualaikum kalian semua.
Sengih sikit, taknak? Aiskrim nak? heeee
Senyum, bagaikan bidadari, alhamdulillah tu tandanya baik :)
Cakap pasal facebook atau nama melayu aslinya, MUKABUKU, orang akan update status, orang akan liking-liking, poking-poking, tagging-tagging, macam lagu Aliff Aziz tuh. heeee
Tapi, pqa nak cakap pasal update status. Pqa macam punya konklusi pasal ini kemusykilan. Semakin baku ayat status update kita, semakin ramai orang akan like. Benar kan?
Pqa tak tipu, kadang-kadang pqa pun buat status sebab nak orang ramai je like, yelah, ramai orang suka. Baru gah kan? Bohonglah kalau tak pernah rasa macam tuh. Tapi didiklah diri update status yang munasabah dan muhasabah. Dan juga bukan yang 'I lap U, U lap Me'. Bangunlah, matang sikit. Kalau lah hari-hari update macam tuh, kena kat news feed pqa sendiri pun pqa rasa macam nak bakar je wall orang tuh hidup-hidup. 'Hidup kau tak ade keje lain ke selain saying that words?'. Kalau dah matang, hiduplah cara matang selaras dengan umur. Pqa tak nafikan, adik pqa pun macam tuh, tapi berpada lah wahai warga facebook.
Itu perkara normal.
Tapi, sebenarnya itulah yang bagus. Sebab bila kita terasa, ia umpama teguran buat kita supaya kita perbetulkan mana yang kita silap. Mungkin hati kita lambat mahu menerima teguran itu, tapi didiklah diri kita terimanya kerana ibaratkanlah teguran itu datangnya dari Allah. Itu tandanya Allah mengigatkan kita. Allah sayangkan hambanya, benar. Sebab itulah DIA buat kita terasa. Dan sampaikah hati kita nak terasa dengan teguran Yang Maha Esa? Subhanallah.
Ini buat renungan pqa juga, kerana bukan mudah nak terima teguran orang tentang salah silap kita. Sebab kita selalu ingat kita betul. Kan?
Comments