esok, hari isnin


Assalamualaikum.. (semangat bukan main~ hee)
Hai semuanya yang menbaca. Harap sihat dan gembira belaka.
Tengah buat apa?
Pqa masa tengah post nih tengah tunggu azan maghrib, sambil dengar lagu-lagu lama, meniarap atas katil single.
Nak couple, tapi tak ada yang menawan di hati lah plak. heee, ayat nak bagi pelempang :P Maaf semuanya.

Ya, esok, bakal bermulanya life kampus semula. Budak-budak yang amik degree pula cuti. Have fun dehhh kalian. Dan pada kawan-kawan pqa yang masih holiday, may Allah bless you alllssss :') Rindu nak jumpa tak kesampaian.

Pqa ada rindu nak jumpa dengan kawan-kawan dan si dia masa cuti.
Tapi, dua-dua pqa tak jumpa.
Kawan-kawan sebab tak ade rezeki, dan si dia, kini bukan milik pqa lagi.
Sekarang ini, pqa cuma terkilan tak dapat jumpa kawan-kawan je, tidak si dia.
Mungkin sebab si dia, hatinya bukan tempat pqa lagi.
Entahlah, kawan-kawan jadi penguat pqa.

Kadang-kadang hidup ni bila kita ada kecewa dengan sesuatu, mostly kehilangan orang yang kita sayang sangat, buat kita jatuh. Macam mati dalam hidup yang tiada jiwa. Tapi, lama-lama, kita kena buat alasan , cari alasan untuk teruskan hidup. Bukan hipokrit, cuma mahu terus belajar menerima hakikat hidup harus diteruskan kerana kita tak akan hidup dalam sesuatu perkara sahaja.

Pqa belajar berkorban, bila tiada lagi orang yang kita sayang as someone special, (kalian pasti faham apa maksudnya), kita akan depends sekuat-kuatnya pada keluarga dan sahabat. Buat bangkit kembali.
Tapi, bagaimana harus pqa katakan, pqa terlalu jauh beratus batu dengan keluarga. Pqa tak boleh face to face dengan mereka hari-hari. Tapi, semangat mereka yang pqa bawak, pqa campurkan dengan azam pqa, dan sedikit semangat kawan-kawan, serta secukup rasa REDHA ALLAH. Dengan itu, pqa akan kuat, insya Allah.

Pqa nak capai cita-cita bukan kerana mahu balas dendam dengan mereka yang menyakiti pqa, tapi pqa mahu make a life dengan hidup pqa. Macam mana itu dan ini, pqa mahu tahu.

Kata ayah, Bukan mudah nak mudah.


Esok, pqa mula kelas, jumpa teman-teman. Subjek yang agak payah, tapi, pqa cuba. Pqa usaha, Dia yang tentukan. Benar kan?

Bilik, dapat roomate baru, housemate pun baru. Penat mengemas 2 hari, kini rumah sudah mampu didiami dengan selesanya, amin~

Bad newsnya, pqa macam lelah, habuk banyak sangat kot, maklumlah rumah lama dah tinggal kosong. Habuk, seratus lima puluh juta kali tebalnya, kan Fynn Jamal? heee :)
Good newsnya, kelas pqa hari isnin mula pukul 10 pagi. Tadah tangan dan ucapkan, alhamdulillah semua :) terima kasih kalian~

Semester ini ada Ramadhan, mudah-mudahan membawa berkat, amin. (44 kali dan lebih supaya jadi kenyataan, heee)
Dalam rumah ni, pqa yang paling muda, tapi ada sorang akak ni, nama die pqa juga, dia macam paling muda, sebab die kecik comel putih jek. heeee



Pqa doakan semua yang masih belajar, Good Luck for this semester. Have Fun too :)


#Gambar dari sumber darah daging, kami sekeluarga, dan katil single pqa :)

Comments

Farhana. said…
Hehehe, good luck! btw, nice la gmbar tu, ada kita ^_^
pikaazmn said…
hahaha. nampak je ade gambar die :P yup, gud luck untuk awak gak, degree kan? :)

Popular Posts