benar, pqa bahagia

 Assalamualaikum sahabat dan teman-teman.
Sihat?
Pqa sihat alhamdulillah :)

Apa pqa nak cerita ye? Entahlah, di tengah-tengah malam nih, pqa tengah ada conversation dengan sahabat-sahabat pasal kelas. Tengah runsing nak kelas apa. Kita orang nak sama-sama lagi macam semester lepas. Dan akhirnya setelah berjam-jam bincang, kami masuk kelas yang sama lagi. :)
Keadaan agak kelam kabut mulanya, tapi, alhamdulillah jika niat kita betul, Allah bantu permudahkan. Alhamdulillah :')

Dan tiba-tiba pqa menggatal tangan nih pergi mengintip sana dan sini. Dan apa pqa jumpa, pqa jadi sedih. Tapi dalam masa yang sama, pendaftaran kelas kami sekelas selesai. Tahu apa jadi? Pqa rasa lega dan lagi gembira. Mereka, sahabat pqa masih lagi bersama pqa. Masih di sisi pqa, berbanding rasa sedih yang pqa tengah rasa bila tahu pasal merpati dua sejoli itu gembira, ya, mereka.

Alhamdulillah, pqa tak sangka, pqa akan lebih rasa gembira dan bersyukur. Sukar pqa gambarkan dengan kata-kata yang pqa rasa sangat-sangat...... Ahhh~ alhamdulillah ya Allah. Aku gembira dengan teman-teman yang beri aku kekuatan dengan kejujuran mereka. Terima kasih ya Allah. Lapang hati ini.

bukan bangga cuma kami berdua perempuan, tapi kami bersyukur punya mereka yang meghargai kami sebagai kaum Hawa.
dan kami bersahabat kerana Allah, bukan kerana berbezanya jantina.
Alhamdulillah.

Benar kata orang, sahabat bawa cinta dunia akhirat dengan redha Allah s.w.t. Tapi cinta antara kekasih atau lebih dikenali sebagai makwe pakwe, cuma semetara.

Berpada wahai sahabat dalam bercinta.

Comments

Popular Posts