Assalamualaikum dan Alhamdulillah :)
Pqa ada diari. Diari pqa hati milik Allah ini. Tiada siapa yang menulisnya melainkan Allah. Tiada siapa yang dapat membacanya kecuali pqa sendiri.
Jadi sebati dalam diri pqa, tidak pandai membenci orang sangat. Makin pqa ingat salah orang kat pqa, pqa jadi lembut hati. Pqa bukan jadi makin marah, tapi sayangkan mereka. Pqa tak tipu, demi Allah.
Pqa dah terlalu mempositifkan diri. Bukan nak cakap pqa baik hati sangat-sangat. Tidak, cuma ini hati pqa. Pqa juga manusia punya kekurangan lain yang banyak. Pqa tak mudah marah pada mereka yang marah atau jahat dekat pqa. Pqa juga manusia, pqa marah, cuma sekejap. Tapi pqa ada tersedar yang pqa jenis simpan sikit. Tak mudah nak cakap "hei, kau salah, sesedap hati nak menyakitkan hati aku".
Pqa lagi selesa simpan dan nanti dengan izin Allah, ia pulih dengan masa.
Satu dari bahagian diari pqa, ada seorang insan bergelar putera hati. Pqa harapkan sampai akhir hayat. Tapi, manusia hanya merancang, yang beri jawapan muktamad cuma Allah.
Cinta Allah beri itu mungkin lagi cantik diberikan pada dia dengan orang lain, tak secantik cinta pqa dengan dia yang pernah ada sebentar cuma.
Ya, Allah itu Maha Merancang. Lepas satu datang dengan cantik, datang lagi yang cantik.
Mungkin kerana cerita cinta baru itu lagi cantik, dia menggerakkan langkah yang lagi cantik juga.
Awalnya pqa payah nak terima.
Awalnya juga pqa banyak simpan rasa sakit.
Tapi, Allah Maha Memudahkan Jalan Hambanya.
Lama-lama pqa terima. Walau payah, lama-lama, Alhamdulillah.
Ada jalan yang Allah beri buat pqa sedar mereka juga diberi pilihan untuk bahagia, bukan pqa seorang.
Bila si gadis itu ada di hati si dia, pqa jadi kasihkan dia juga. Betul, pqa tak kenal, tapi itu yang pqa rasa. Jalan yang Allah beri, pqa bersua dengan dia, pqa permudahkan jalan hati mereka dengan doa pqa. Doa yang benar dari hati ikhlas, bukan pura-pura supaya si dia lega. Tak, pqa nak juga lihat si dia bahagia dengan jalan cerita yang pqa tak ada rasa sakit hati atau apa-apa je.
Pqa ada pengakuan dengan si dia, dan dia pikir terlalu banyak. Pqa kasihkan dia kerana Allah, bukan nak satu dunia tahu. Tapi cukuplah sekarang cuma pqa didik kasih sebagai teman. Kalau pun Allah tak izinkan sebagai teman, tetap takuk lama, itu tetapan sejak azali mungkin. Pqa tak bangkang, tapi biar jadi rahsia tercantik, tercomot, teragung pqa dengan Allah s.w.t :')
Sorry if ada yang marah atau malu dengan post ni, tapi pqa cuma nak kongsikan pengalaman pqa buat pengajaran yang lain juga. Pqa mahu panjangkan pengajaran ini, bukan pengalaman ini. Jangan diambil peduli tentang bagaimana ceritanya, tapi ambillah peduli bagaimana pengajarannya yang akan mengajar hidup kita masa depan.
Jangan ditagih cinta manusia, tapi TAGIH JANJI ALLAH S.W.T BAHAWA LELAKI YANG BAIK BUAT PEREMPUAN YANG BAIK, DAN PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.
Dan inilah yang pqa tafsirkan pada si dia dan si gadisnya, si dia terbaik, dan dapat si gadis yang terbaik yang buat pqa tak layak disisi yang terbaik. Yang layak cuma doa pqa, amin jika jodoh kalian :)
Jangan didendam orang yang menyakiti hati kita, tapi kuburkan ia dengan doa pada Illahi dan sabar berpanjangan.
Berbaktilah pada Allah, Rasul dan keluarga dahulu.
Ubat tambahan terbaik, sesuatu hubungan yang tidak mahu atas nama musuh adalah dengan menjadikannya sahabat.
Menambah saudara seislam itu lebih baik dari menambah musuh.
Kerana apa, kerana menambah musuh bererti kita menambah beban akhirat kita. Mana tidaknya, nanti kita perlu mencari si musuh di akhirat untuk kata kata "MAAF", padahal si musuh juga punya hal lain mencari hamba lain melunaskan hutang. Kan payah, bayangkan di sana nanti dengan seluas lautan manusia. Dengan kuasa apa kita mampu mencari mereka? Ya Allah Ya Rabbi, permudahkan jalan hidup kami dengan menjadikannya ibadah kepadaMu. Amin, subhanallah :')
Comments