sayang, berbillion kali sayang.


kalau dah ada rupa, apa salahnya jaga adab. ye kan?
kalau dah ada adab, apa salahnya maniskan rupa. ye kan?


tahu apa aku maksudkan? jawapannya ialah manusia akhir zaman ini lah. mengapa dan mengapa?

di satu situasasi :
aku sedang berborak di telofon dengan kakak kat kedai ayah. lepas tu, ada orang ni panggil suruh kira, then die nak bayar. aku tak perasan kerana khusyuk berborak dengan kakak, maklumlah, kakak dah jauh dimata, tapi dekat di hati.

lepas tuh dari satu sumber berkata, pakcik tuh cakap macam nih pasal aku. "budak tu nak kerja ke tak? gayot je".

al kisah nya, aku baru tahu tadi, hari ini. walhal, kisah nih berminggu yang lepas. apa lagi, menyiraplah tuan empunya badan ni. mana tidaknya, lain yang kita buat, lain yang orang kata. lihatlah, manusia sekarang. suka menuduh tanpa usul periksa.

"kau nak kesah apa, aku cakap dengan kakak aku kot. darah daging aku sendiri kot. bukan dengan pakwe~ aduhai!". ni lah aku desiskan dengan bisikan syaitan. cuma tak terkeluar di mulut je.

marah, memang marah sangat-sangat. tapi, aku nak marah pakcik tuh pun, bukan boleh dapat apa. tak ada maknanya dia akan datang kat aku, kemudian cakap, "maaf ye dik, pakcik salah anggap tadi". hanya segelintir manusia je yang akan buat macam tu sebab zaman sekarang ini lah.

apalah salahnya, tidak menuduh yang tidak-tidak. kalau kau ditempat kau, pasti kau marah juga. tapi, aku sabarkan kerana aku mahu Allah lagi tahu apa yang sebetulnya. selayaknya kah kau mengganggap yang bukan-bukan? tidak sama sekali. harap maklum wahai manusia.

akhir zaman, silalah banyakkan bersabar.

Comments

Popular Posts