hidup kau, mati kau. aku tak ikut campur.


pernah tak terfikir kadang-kadang, umur dah 30 lebih, tapi tahukah kita akan erti bacaan dalam solat?
maklumlah, kita dilahirkan sudah dalam keluarga Islam. bak kata orang kadangkala kita tidak seperti menghargai agama kita sendiri.
jadilah seorang muslim sebagai pilihan, bukan secara kebetulan.
kerana apa? kerana, dengan cara itu kita tahu sasaran hidup kita sebanarnya untuk siapa dan untuk apa.
Nyata jawapan solidnya wajib, untuk Allah dan akhirat nanti.

tapi, muhasabah diri.
aku juga.
sudah cukupkah kita mengerti segala apa yang kita baca dalam solat?
sudah cukupkah kita mengerti segala apa yang kita khatamkan dalam Al-Quran?

mulai dari sekarang, dengan perlahan, bukan gopoh, mulalah mengerti makna-makna bacaan dalam solat kita, dalam Al-Quran kita.

bukan untuk sesiapa, tapi untuk kebaikan diri kita juga.
dalam kubur, kita sendiri.
tiada keluarga yang dapat membantu, apalagi teman.
tiada. noktah!

oleh itu, mulakan dengan Bismillah untuk memperbaiki langkah ibadat kita wahai kalian :')


Comments

Anonymous said…
terima kasih atas perkongsian ilmu yg diebrkati ini insyaAllah.



#credit2fiqaazman

Popular Posts