permohonan cuti ayah luluskan, alhamdulillah.


Assalamualaikum kekasih-kekasih Allah..
Alhamdulillah :)
Selawat keatas Rasulullah s.a.w.
Insya Allah :')

Alhamdulillah tak terkata. Bukan jakun, tapi pqa dapat CUTI daripada ayahanda tercinta. Katanya, "angah balik lagi 10 hari, ayah bagi cuti. Kemas barang, nak keluar pergilah".

Wahhhhh!! Ayah pqa adalah orang yang sangat sayang akan anak-anaknya. Kalau nak keluar pergi bandar, pqa macam kena buat kertas kerja, dan tunggu kelulusan daripada yang dipertuan Agong! Setelah diproses barulah keluar jawapnnya, Dan kebiasaannya, jawapannya adalah TIDAK LULUS~~

Pqa dah terbiasa, jadi bila ada kawan-kawan ajak keluar, tak perlu tanya ayah dulu, dah tahu jawapan pun. Kalau dalam 10 permohonan, hanya 1 je yang lulus. Peratus sangat tipis!

Tapi kali ini, pqa tak minta, apalagi memohon, tetapi diberi pula. Alhamdulillah. Macam-macam rancangan dalam kepala, tapi seperti dah terbiasa, lebih selesa bersederhana. Bukan macam orang gila yang baru FIRST TIME EVER DAPAT HANGOUT! Pqa dah dididik tak suka keluar, jadi macam ni jelah, Sederhana cuma. Insya Allah kalau ada rezeki, dapatlah keluar ke bandar, melakukan apa yang patut :)

ayahanda tersayang sehingga syurga insya Allah :')

#Mahu pergi sekolah, itu yang pasti, insya Allah :'D

Comments

Popular Posts