lebih dan kurangnya masing-masing
Assalamualaikum..
Tak jawab dosa, kalau jawab kita sama-sama dapat pahala, insya
Allah.
Duk tengah pikir-pikir untuk jalan-jalan semester hadapan,
tiba-tiba pqa teringat pasal novel yang pqa buat. Hakikatnya novel tuh tak siap
lagi. Dah lama hajat pqa nak siapkan. Tapi, tertunda dan tergendala pula :)
heeee, senyum sumbing minta penampar sulung~~
Pqa bukan jenis kepala mesin ke apa, yang minat kereta ke apa.
Minat enjin ke apa, setaraf dengan kursus yang pqa ambil kat uitm. Pqa akui pqa
suka buat sesuatu yang pqa suka bila lapang macam jahit atau tulis novel. Tapi
bukan bermakna pqa tak suka tahap maksima pasal enjin dan dan kejuruteraan.
Sebab, semakin banyak semester pqa belajar, pqa dah mulai cintakan ilmu
yang pqa belajar sekarang. Walaupun pqa bukan kepala jurutera, tapi pqa mahu
membina kepala itu dari semasa ke semasa kerana itu bidang yang pqa pilih. Dan
jangan pandang rendah pada apa yang pqa buat sebagai sampingan bila lapang.
Itu yang pqa cintai, jangan halang selagi ianya tak mudaratkan orang
lain, janji pqa suka. Pqa rasa terhina kadang-kadang bila orang pandang serong
dengan apa yang pqa suka buat bila waktu lapang. Lagi pula, minat ni minat ibu
pqa juga. Kata ayah, "angah macam ibu". Kalau kalian yang memandang
serong tuh, kalau tidak mahu jaga hati pqa, hargailah minat ibu pqa.
Setiap orang punya kelebihan sendiri, jangan dikutuk kalau anda sendiri nanti tak mahu dikutuk :) sekian.
Comments