bait-bait lagu dan melodinya
antara si dia dan si dia yang bercinta:
'luangkan diri ini lebih masa, melengkapkan kekurangan yang ku ada'
Benar, luangkan masa pada si dia, jangan abaikan. Paling tidak dalam 2 hari sekali saling berhubung. Kerana apa? kerana, kita akan saling melengkapi kelemahan antara satu sama lain.
'teganya kau menari diatas tangisanku, kau permainkanku sesuka hatimu'
Ini paling aku benci, dah kau janji bagai nak rak dengan si dia. Lepas tu dengan mudahnya kau pasang bf/gf lain. Ingat apa? hati orang macam seluar kecik kau boleh ganti hari-hari? Tahu tak bila si dia tahu kau main kayu tiga, dia akan menangis. Sebab rasa sangat bodoh percayakan kau dengan sayang dia. Dusta belaka kau padahal!! Enaknya kau bersama si dia yang baru.
'if i could turn back time'
Kalau lah hidup ini boleh diputarkan kembali, apa yang menyedihkan dalam hidup kita, kita tak nak ambil. Nak yang gembira-gembira saja. Tak nak duka. Tak nak lara. Nak gembira. Nak senang hati.
'bukan aku tak sudi bersama, cuma diri tak sanggup terluka, dulu terlalu percaya, tak sangka aku mangsa, fobia cinta'
Haaaa, yang ini. Bila dah terluka sekali hatinya, memang payah nak percaya lagi. Yelah, bila kau beri kepercayaan kepada si dia, kemudian dikhianati, siapa yang tak fobia nak bercinta lagi? Ingat senang nak lupa kalau dah sayang?
'dulu aku pandang diri ku, kekasih yang setia'
Yang ini pula, meninggi diri. Tak ingat kalau-kalau Allah uji kerana sayang pada manusia tak selamanya kekal. Ingat kau sangat setia? Tapi, bila diuji dengan cinta lain, mudahnya beralih arah. Aduhai..
'kini aku bangkit, membuktikan yang ku tak sakit'
Ya, bila sekali kecewa, sangat sakit ya tuan-tuan dan puan-puan. Dan untuk itu, perlunya bangkit. Jangan jadikan si dia fikir yang kau tak mampu hidup tanpa si dia, sedangkan kau mampu jika kau bangun dan kuatkan hati.
'berakhir sudah pencarian cintaku, jiwa ini tak lagi sepi'
Aduhai, ini sangat indah kan? Sudah hampir ke akad nikahnya. Itu yang halal didalam Islam. Membina cinta bersama yang sah di sisi syarak.
'ku berikan cintaku, juga sayang ku, percaya padaku, ku kan menjaga mu'
Beri cinta, dan cinta, Tolong percaya yang aku akan menjaga kau. Alahai, janji manis kalau dah cinta gila. Tapi, pastikan ikhlasnya hati kita ungkapkan biar ia terlaksana, bukan sekadar cakap kosong. Baru mampu membukti cinta itu.
'patah seribu hatiku, bila mengenangkan segala yang kita bina bersama, haruskah ku lupa kerana engkau telah pergi'
Mudahnya, dah bagi kenangan, kemudian lupa. Tak kisah ke kau langsung hati aku patah seribu.
'baby you light up my world like nobody else'
Dah cinta dengan yang satu, mana nak pandang yang lain kan? Sampai cara dia tolong angkat buku kita pun dah macam berbeza sangat dengan orang lain bantu. Padahal sama je. Maklumlah, hati berbunga-bunga. hahaa :DD
'buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh'
Amboi, amboi, baru bercinta, nak lari pula. Ini namanya cinta gila lagi. Sanggup tinggalkan rumah nak lari dengan kekasih hati. Fikirlah ibu bapa wahai budak-budak. Masih mentah kot!!
'kau punya gaya, walau pun tak kaya, bukan paras rupa yang aku pandang sahaja'
"bukan paras rupa yang aku pandang sahaja" Ehm! sudah terang lagi bersuluh ayat tuh. memang yang ada rupa dicari juga. Perkataan "walau PUN tak kaya", sudah-sudah lah tu hipokrit. Kan senang terus terang mahu pasangan yang kaya, ada rupa. Apa nak dalih-dalih.
Fikirkan siapa yang berikan cinta bukan siapa yang miliki cinta kita. Faham?
Comments