kisah cinta ibu ayah


Assalamualaikum sahabat yang dikasihi sekalian. (macam buat ucapan formal atas pentas . haha)
Apa nak cerita hari ini? Haaaa, ini cerita orang tua-tua, tapi kisah yang boleh disampuk oleh muda-mudi. Pqa na kongsi cerita tentang kisah cinta ibu ayah pqa. Bukan nak tunjuk terbaik, tapi alangkah indahnya kalau pqa juga nanti macam ni. Amin~

Ibu ayah pqa sebenarnya kawin sama sedara sendiri. Sekejap-sekejap, jangan pening. Macam ni, atok pqa belah ibu dan ayah adalah adik beradik. Faham? Tak faham juga? Haaaa, moyang pqa cuma ada satu je. Biasa kan orang ada dua belah pihak, ibu dan ayah, tapi pqa, ada satu je.

Bukan pqa rasa rugi tak punya keluarga yang besar, tapi kerana ikatan keluarga yang kecil comel inilah kami bersatu dibawah kasih sayangNya. Alhamdulillah. Ada orang kelarga bapak besar, tapi, macam tak ada sedara. Kan? Dekat-dekatkan lah yang jauh tu. Ok?

Berbalik semula cerita asal, ibu ayah pqa bercinta sejak ayah darjah lima, dan ibu darjah enam. Apakah? Pqa akui ini agak hebat sebab cinta mereka sangat lama sehingga alhamdulillah ke jinjang pelamin. Dapat anak 3 pun, alhamdulillah ^^,

Kata ibu, ayah ini orangnya ramai yang minat. Tapi, ayah cakap, ayah pilih ibu sebab ibu orangnya sabar. Dengan siapa pun ayah kawan, ibu tetap setia. Jadi bila atok dah pakat suruh ayah kawin, ayah cari yang paling setia. Jadi, ibulah jodohnya ^^,

Kalau mahu cari sepasang suami isteri yang romantik, pqa tak perlu cari jauh kot. Pandang ibu ayah je dah cukup.

Apa pqa nak buat kalau punya kekasih halal nanti?
Perkara kecil pun pqa nak buatkan untuk dia, insya Allah. Memang masa mungkin tak cukup, tapi pqa mahu cuba juga. Macam ibu ayah.

Niat di hati banyak kot, tapi kalau diizinkan, insya Allah.

Banyak betul berangan itu dan ini. Aisssyyhhh! pqa nih, macam-macam, heeee, maklumlah, pqa pernah punya pacar, pernah rasa suka dan sayang seseorang macam sayang diri sendiri. Tu pasallah~ heeee. (rasa nak tampar jek budak ngade-ngade nih. heee :P

Ibu tulang belakang ayah, pqa? mahu juga jadi tulang belakang terkuat dia nanti. insya Allah, tapi siapa dia, pqa belum jumpa lagi. Sedih bunyi, tapi Allah tu lagi tahu. Amin~

ayah sangat garang, tapi garang ayah kami sayang sangat-sangat.
ibu pun, sama juga :)

Comments

Popular Posts