kau minta maaf sudah, tapi kau ulang lagi.

apa makna minta maaf?
pada aku, ia umpama kita menyesal atas apa yang kita dah buat salah. dan kita nekad atau berjanji tidak akan ulanginya lagi. benar kan begitu selalunya?

jadi, yang kau ulang lagi kenapa?
aku, sebagai mangsa. aku juga punya hati. sesuka hati kau meletakkan aku sebagai punca kau dan dia jadi goyah.
perlu ke kau ulang lagi?
padahal kau sudah pun berkata maaf.
dan ketika itu, aku memaafkan kau dengan terharu sekali. kerana sangkaan aku, kau tahu bukan aku yang bersalah, bukan aku puncanya, bukan aku dalangnya.
walaupun aku tak suka manusia yang bercouple, tapi aku still sayangkan kalian atas nama sahabat.

kadang aku rasa, kau umpama tikam aku dari dalam gelap dengan perlahan.
aku fikir kau sayang aku juga atas nama sahabat,
tapi, lagi sekali, kau lakukan.

tidak boleh kah kau jadi positif, kata kau sayang akan dia. jadi, tak perlu nak curiga dan meletakkan aku sebagai masalahnya.

Comments

Popular Posts