kalau nanti lama tak post, rindu tak?


Assalamualaikum kalian yang membaca..
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab rindu.

Pqa dah nak balik penang. Kat sana agak payah nak update post ni. Sebab tak ada berukband :) heeee.
Kalau panjang umur, ada masa, insya Allah pqa update. Untuk masa yang terluang, tak salah kan? Insya Allah.

Kalau rindu, pasang niat. Kita jumpa dalam doa. Allah kan ada melihat kita-kita. Jangan diharap pada dunia sepenuhnya, tapi biar pada tingkatkan usaha kita yang baik bina syurga ke jalan Allah :)

Kalau lama nanti pqa tak update, jaga diri yee kalian.
Pqa ada selagi masih diberi pinjam nyawa.
Pesan pqa dari hati ke hati:
-Jangan lambatkan solat. Kalau kita nak jumpa kekasih kita nak je punctual, tapi kenapa tidak kita awalkan juga nak jumpa dengan kekasih teragung kita?
-Jangan buat ibu ayah nangis yeee. Jaga hati mereka sebaiknya, memanglah kadang-kadang kita ada buat silap kerana manusia tidak semuanya sempurna, tapi tolonglah jaga hati mereka. Kan redha Allah terletak pada redha ibubapa kita :')
-Mulakan hari dengan Bismillah. Itu tandanya hidup kita jalani hari ini dan seterusnya hanya kerana Allah. Jadikan apa yang kita lakukan itu ibadah semata-mata di sisi Dia. Insya Allah segala urusan kita dipermudahkan :')


#Mahu berubah baik, bukan senang. Kerana apa, ayah kata, benda yang jahat tulah senang nak buat, tapi benda yang baik tulah yang susah nak mulakan.

Jangan pandang manusia pada mata sisi, tapi nilai pada bagaimana dia uruskan agamanya dan keluarganya.


Comments

Popular Posts