hidupkan lah hidup kau.
dalam sehari, cuma ada 24 jam. silalah hargainya. live your life.
itu sahaja.
kalau kau tak nak hidup kau, siapa lagi yang nak? orang lain pun
ada hidup mereka yang mereka sibuk nak hidupkan.
kalau ada masalah, jangan dilayankan sangat sehingga menjadi muram
dan suram. berbaliklah pada asal bahawa Allah itu Maha Pengatur hidup hambanya.
kalau kau ditakdirkan sedih, bersedihlah. tapi, ingat lah, jika
sedih itu berterusan, kau tidaka akan hidupkan hidup kau.
bagi aku, masalah adalah masalah. kita memang perlukan seseorang
manusia untuk meluahkan. untuk apa? untuk meringankan beban yang kita rasa amat
berat. tapi, ambil inisiatif untuk mewarnai hidup kau.
kalau perlu kau makan untuk kau kembali ceria, sila lakukan.
kalau perlu kau menjerit atas bangunan untuk kau kembali ceria,
sila lakukan.
apa-apa sahaja. asalkan solat kita tidak tergendala, dan selagi
ianya tidak melanggar hukum Allah.
ya, live your life.
SILA buktikan bahawa kau masih mampu hidup walaupun masalah datang.
kau mampu jika bersama Allah dan keluarga tercinta. silalah
percaya.
Comments