entah apa aku rasa.


ya, entah apa aku rasa.
bila situasi yang sama berlaku dimana hati kita sakit lagi, aku macam dah lali.
bukan tidak peduli lagi, tapi luka di luka.
aku tak tahu nak kata apa.

niat aku nak kawan, dunia akhirat, tapi entah apa mereka pula kata.
aku bukan mulut mereka nak mengawal apa yang terucap.

aku pegang misi aku dalam berkawan dan bersahabat.
aku tidak akan pergi, tapi kalau di pihak kau pula yang mahu pergi, aku tidak akan kata apa-apa.

aku pegang misi aku dalam berkawan dan bersahabat.
aku mahu ia ukhwah dunia akhirat.
ya, di bawah lindungan Allah.

aku pegang misi aku dalam berkawan dan bersahabat.
aku rela sakit dari kau yang rasa sakit.

itu cara aku dalam membina ukhwah.
cuma, kalau kau yang pergi, aku tak akan halang.


tapi, ingat, sejauh mana kau pergi pun, jangan kau ambil kenangan kita, jangan kau tarik nama kau dalam doa aku.
itu hak aku nak buat apa-apa pun!








Comments

Popular Posts