dengan lafaz Bismillah, aku terima.


Ya, dengan lafaz Bismillah, aku terima semester 3 yang bakal datang nanti. tinggal beberapa hari saja. Bermakna juga perlu pulang ke kampus, tinggal ibu ayah sementara waktu.

Tapi tidak akan aku tinggalkan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya, kelaurganya, dan Penciptanya. Kerana apa, kerana itu yang buat aku makin berpijak di bumi nyata. Aku perlu sedar siapa diri aku. Dengan siapa aku mampu berkawan, bukan dengan siapa aku mahu berkawan.

Cerita pasal kawan, entah bagaimana payahnya bila bersahabat dengan lelaki. telah Allah jadikan perempuan itu tertarik dengan lelaki, dan sebaliknya. Bagi aku, kalau mahu berkawan, apa salahnya. Tapi, seperti biasa, makin banyak yang di kongsikan, makin kita rasa rapat. Makin sayang. Tapi hati aku, bukan jenis yang tidak tahu membezakan antara rasa sayang sahabat dan kekasih.

Bila sayang untuk sahabat, ia benar untuk sahabat.
Bila sayang untuk kekasih, ia benar setianya aku pada kekasih.

Bagi yang memandang aku pada luaran saja, fahamilah apa aku katakan dari mulut. Jika kata aku tentang sahabat, aku tidak pernah tipu. Tahu kenapa? kerana ibu cakap, di bumi orang lah kita belajar depends pada kawan, buat baik pada orang. Itu sebabnya aku tak sangsi dengan sayang aku pada sahabat.

Tapi bila ada yang mempertikaikan, itu masalah besar bagi aku. Agak besar. tapi tidak lah besar. Entah! Apa yang tak difahamkan pun aku tak faham. Pelik. Tapi, terpulanglah mahu percaya yang mana.

Aku mahu berkawan semampu aku, tapi jika aku dah tak mampu, itu kerana ada yang menjadikan aku tak mampu. Sangat tak mampu.

Hajat semester 3, antaranya:



  • Pergi kelas awal.
  • Solat di awal waktu.
  • Buat latihan setiap malam, satu subjek satu soalan.
  • Makan jangan banyak, tapi biar sekadar cukup.
  • Pergi solat jemaah.
  • Tasbih.
  • Jaga hati ibu ayah kakak abang.
  • Jaga hati sendiri, dan sahabat.
  • Dating dengan syaza dengan echot, insya Allah.


syaza :*

Rasa macam mampu nak penuhi semuanya, rasa macam tak pula kadang-kadang. Tapi, kalau tidak kita yang mahu berazam dan laksanakan, siapa lagi. kan?


mahu senyum lagi macam ini C':






#setahun, bukan mudah cinta datang dan pergi. kini cuma mahu hati ini dilindungi Allah.





Comments

Popular Posts