nasihat ibu ke angah
Assalamualaikum..
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. :D
Alhamdulillah masih lagi bernyawa.
nak di pendekkan cerita (maaf, mengejut tiba-tiba. tak ada mukadimah yang proper betul. kan? teruk, teruk. hee) semalam, masa aku tengah tengok televisyen, ibu alih kan ke rancangan "Semanis Kurma". Dan hampir kesemua tajuknya yang dibincangkan tiap minggu adalah hal rumah tangga.
Tiba-tiba, ada petua meringankan jodoh.
Dan, tanpa tunggu lagi, ibu panggil. "Angah, dengar tuh. Kata dia(penceramah) jodoh hendaklah diusahakan, jangan tunggu dia datang je".
"heh! kenapa cakap dengan angah pula? ibu nih, pelik-pelik". (lepas tu aku gelak hambar) kemudian baru aku jawab, "insya Allah bu. Tapi, biarlah dulu".
'Aduhai ibu, andai saja ibu tahu hati angah ini macam mana bila rasa ditipu cuma'.
Normalnya kita dengar orang cakap, ajal, maut, jodoh dan rezeki itu Allah s.w.t yang tentukan. Benar, tiada sangkalan lagi.
Tapi, usahalah juga yang terbaik kerana kita tak tahu takdir kita dalam masa seminit akan datang, apa lagi masa hadapan.
Lumrahnya kita meletakkan bulat-bulat takdir sebagai jalan hidup, tanpa usaha. Jodoh, kata ibu, doalah dapat yang dekat. Biar tak buang sedara. Kata ayah pula, Cari yang sayang kita lebih, jangan kita yang tergila-gila sayang dia. Macam-macam pesanan, tapi yang hendaknya kita, jadi doalah dari sekarang. Doa jodoh yang baik setiap hari juga dikira usaha kita.
#penat bercakap soal pasangan, couple, hati, jodoh. Kerana jika sekali kita kecewa, waspadanya terlalu besar dan agak berlebihan. #rasa macam tak samapi ke hati je untuk post kali ini. harap maaf :)
Comments