the check list!


assalamualaikum semuanya C:
iman bagaimana?
hati pula?
alhamdulillah, masih dalam proses menaik taraf.
takkan selamanya kita nak dalam kepompong kesedihan. kan?

Malam ini, postnya agak berbeza kot. Jarang aku nak cerita apa aku buat in daily life. Sebab bagi aku menceritakan apa yang kita buat hari ini dan esok pada orang dengan cara menulis adalah bosan. Tapi, entah apa angin melepas malam nih. heeee.

Cuma nak cerita, cuti semester 2 bulan bakal berakhir sudah. Semuanya adalah rehat semata-mata. Dan i need the check list agar ada yang tidak ketinggalan di belakang apabila sudah pulang ke kampus. Check list tidak lah banyak, cuma nak laksanakannya dalam mood cuti, haaaaa, tu yang payah. Rasa malas yang terlampau-lampau. Tapi, perlu digagahkan juga supaya ianya membantu menyenangkan hari kemudiannya. Insya Allah.


Kan dah kata, pendek je. Tapi, yang pendek tu lah yang payah. heeee.

Bila tiap kali naik sem baru, mesti banyak pasang niat. Dan kali ini, niat aku terlalu banyak. Azam tu seiring lah dengan niat. Zaman kejatuhan air mata aku dah berlalu, zaman aku menagih cinta orang juga dah berakhir. Begitu juga zaman aku mengharap kasih orang, sedangkan orang campak-campak isi hati aku. Zaman yang terlalu banyak mainan hati. Sudah, cukup sudah. Jangan tambah lagi.


Sekian zaman itu. Semester 3, terlalu banyak yang aku mahu perbaiki, Insya Allah dengan izin Allah, aku mampu lakukan. Tanpa si dia, tapi dengan restu ibu ayah serta keluarga, dan tulang belakang aku iaitu sahabat yang benar sahabat. AMIN.

Comments

Popular Posts