buai laju-laju sampai ke syurga


assalamualaikum..
alhamdulillah masih lagi bernafas walaupun kadang-kadang payah :)

(officially mahu menggunakan PQA, insya Allah)
Apa yee nak cerita? Macam dah tak ada modal. Haaaa, ada-ada. Pqa nak cerita pasal pqa pergi taman permainan baru-baru ni. Apa yang menariknya, bila sampai tempat tu, macam biasalah, budak-budak akan berlari nak naik buai, gelongsor dan jongkat-jongkit. Agak-agak nak bahagi je badan mereka kalau boleh. Satu main yang itu, satu main yang ini. Tapi, apakan daya budak-budak.

Apa yang pqa sedar, pqa cuma tertarik dengan buaian. Tidak pada papan jonkit atau yang lain. Melabuhkan duduk, buai lah perlahan-lahan. Lepas tu makin laju. Wahhhhh! sangat seronok. Pandang atas, tiba-tiba teringatkan dia. Pqa rasa sedih, pikir lagi kenapa dia buat macam tu. Tapi, lagi jauh pqa pandang, lagi besar pqa perasan yang besarnya langit biru Allah tu. DIA lagi tahu apa yang terjadi. Pqa puas pujuk diri, pujuk lagi.


Insya Allah dengan perlahan, pqa akan berhenti berharap. Cuma jangan paksa. Kau tak rasa kau tak tahu. Kan? Puas tak hidup kau dengan dia? Kata ibu, doakan je untuk mereka. Sampai sekarang tak ada dendam pun, Jadi, usah risau, kau boleh hidup gembira. Amin~


Comments

Popular Posts