Air mata demi sahabat
Diantara kau dengan dia ada aku?
Itu yang kau nampak?
Tidak sebenarnya.
Cukup-cukuplah tuh.
Berkali aku katakan, aku dengan dia cuma sahabat yang benar sahabat.
Payah nya kau mahu percaya.
Aku, kalau sekali dah kenal seseorang dari sisi sahabat, ia akan tetap sahabat.
Kau juga, si gadis manis. Aku tahu kau cemburu.
Tapi, aku tidak perlukan dia sebagaimana kau sangat-sangat perlukan dia, sebagai kekasih.
Aku cuma sahabat antara dengan dia.
Cuma sahabat.
Cukuplah bersangka yang tidak-tidak.
Apa pula kau rasa jika kau cuma seikhlasnya bersahabat dengan seseorang, dan dia lelaki, dan kekasihnya menuduh kau yang bukan-bukan?
Lebih retak hati kau daripada diretak kau ditikam kekasih sendiri.
Aku rasa itu.
Aku juga punya hati yang Allah beri aku pinjam untuk aku isikan dengan cinta kepada kekasih halal aku nanti.
Masa semua ini berlaku, hati aku milik orang lain. Ya, Allah jatuhkan hati aku sementara pada insan lain yang pastinya bukan kekasih orang lain. Tapi kekasih aku, cuma aku. Tapi, jodoh kami tak panjang.
Kerana aku sahabat baik dengan kekasih kau, aku sayangkan kau.
Aku terima kau, seperti mana dia terima kau dalam hati dia.
Kerana apa aku terima kau?
Bukan sebab kau ganti tempat aku, tapi kau terima cinta sahabat aku, dan kau berjanji hati dan kasih dengan dia.
Siapa yang tak gembira kalau sahabat mereka gembira, kan?
Aku menangis gembira kerana kalian bersama, bukannya kerana menangis hiba kalian merampas cinta aku. Tidak sama sekali!
Percayalah aku, kerana aku dah anggap kau juga kawan aku bila kau bersama sahabat aku.
Sahabat aku, kekasih kau.
Aku tidak merampas apa-apa dan kau tidak merampas apa-apa.
Kaau tidak perlu pulangkan apa-apa kerana kau tak rampas apa-apa.
Dalam istilah sahabat, tiada kata rampas siapa dari siapa.
Kerana sahabat, ia ikhlas, ukhwah yang Allah redhakan.
Dalam istilah cinta, tiada kata rampas siapa dari siapa.
Kerana cinta, ia datang tanpa diundang, Allah pinjamkan.
Cukuplah, aku tak mampu terus disalahkan kerana cinta kalian.
Kalau benar cinta kalian ikhlas, salinglah percaya tanpa mengheret masalah lalu.
Kerana cinta, mencintai apa adanya kini, bukan menghakimi apa yang lepas dan menjatuhkan hukuman kini.
Aku sanggup buat apa saja buat sahabat aku.
Sekali bergelar sahabat, selamanya sahabat.
Kau dan dia kini sahabat aku.
Aku sayangkan kalian, ya benar.
Kalian benar mendewasakan aku, tunjukkan aku bagaimana jalan mahu terus menyayangi kalian, tanpa mengira apa-apa balasan dan dendam.
Aku tak menyimpan apa-apa dalam hati milik Allah ini.
Cuma doa yang terus aku kirimkan kalian mampu ke jalan Illahi dengan cinta kalian.
Silap, boleh diperbaiki, tapi sahabat, sekali dah terluka, payah mahu berpaling lagi.
Tapi aku gagahkan juga kerana aku sayangkan kalian, tiada dendam, tiada pura.
Diam aku kerana mahu kalian benar cinta, bukan mahu memerangi kalian.
Mengertilah sahabat kalau kalian juga benar sahabat.
Ini dari hati aku.
Benar.
Sincerly,
Nur Afiqah Norazman.
Comments