usia remaja meninggi


bila usia bukan lagi kanak-kanak, ada jiwa remaja.

ada hati mahu cinta dunia yang memandu akhirat seikhlasnya.

bicara tak kan pernah lari jadi topik utama.

tapi majoriti nilainya pupus bila disalahgunapakai manusia.

tapi jiwa aku mahu mengaku ia kosong semata.

kadang marah kasih hati dibiar umpama sampah melata.

aku bukan pinoccio asal kejadiannya.

tapi manusia cucu adam dan hawa.

juga hati tunduk pada takdir tulisan Maha Esa.

hati disuapkan sabar semampunya.

berkata nasihat pasti ada si dia dipersiapkan Allah sehebat ciptaanNya.

duhai hati jiwa remaja meninggi.sabarlah hendaknya.

Comments

Popular Posts