sekali kaki melangkah

apa aku buat sekarang, cuma berpesan pada hati sekerap mampu.

'la tahzan afiqah, cukuplah kau sakit. cukup. jangan tambah lagi'.

'la tahzan afiqah, cukuplah kau sakit. cukup. jangan tambah lagi'.



lumrah manusia jatuh cinta. aku jatuh terlalu dalam, tak ada siapa mampu tolong aku lagi, yang ada cuma aku sendiri.

-------------------------------


cukup apa aku lalui, aku tak mampu lagi. benar kata orang, kadang-kadang hanya kerana seorang, yang lain menjadi mangsa seterusnya. aku tak tahu sama ada ada lagi ruang dalam hati ini buat insan bernama lelaki. perlukah lelaki buat masa ini? bukankah masa aku perlukan, meraka musnahkan seenaknya?

bila diberi peluang hati ini, ia tidak dijaga sepenuhnya. malah semakin parah. banyak nasihat kata, 'sabarlah, kawan kan ada. pqa tak akan sunyi'. benar aku punya kawan untuk bantu ak berhadapan dengan semua ini, tapi bila bersendirian, kawan pergi buat hal sendiri, aku tak mampu tahan walau sedikit. sakit wooooo.

bukan lemah. tidak sama sekali, tapi aku manusia punya hati dan perasaan.

aku mahu terus melangkah, teruskan tanggungjawab aku semampunya. aku mahu tekankan dengan benar, CUKUPLAH AKU PUNYA ALLAH, IBU BAPA DAN SAHABAT KARIB. buat masa ini, inilah kekuatan aku. ya, mungkin aku bakal hampir mengalah lagi, tapi bila difikirkan semula, aku tidak mahu mengalah lagi. aku mahu teruskan amanahku dengan baik. jasa aku pada ibu ayah belum pun lunas. inikan pula mahu mencintai dan dicintai insan bernama kekasih? tidak kini. biarlah dahulu. CUKUP aku sakit. JANGAN tambah lagi, JANGAN.

kadang, mungkin aku akan terfikir, mampukah aku kali ini? padahal aku sudah banyak kali berazam seperti ini? apa yang jadi hanyalah, kembali semula berharap pada dia dan cuba jatuh hati lagi. kerana itu lumrah manusia.

sekarang juga aku masih takut perkara sama berulang. aku risau kalau mungkin suatu hari nanti kau datang semula bertanya dan meminta hatiku semula, adakah aku mahu kembali? sangat besar kemungkinannya aku akan semahunya mahu semula. cuma senipis kulit bawang sahaja yang mengatakan tidak mahu berpaling lagi. aku tak bohong. ia benar. tak mudah mahu melupakan orang yang pernah aku jatuh hati.

tapi, sekarang, aku dah terlalu sakit. terlalu cukup sudah. kau ada cita-cita kau. aku ada cita-cita aku. kau ada orang sekaliling kau yang sayangkan kau, aku juga ada. kita seri, tapi kau lagi mampu, jadi teruskan.

sekali kaki melangkah kini lagi, aku tidak mahu berpaling lagi semahunya.

bahagian aku, aku akan cuba sedaya mampu, walau payah. kerana aku dilahirkan mampu jika Allah izinkan. cukuplah kau sakitkan hati milik Allah ini.

#ya Allah, aku bukan mahu menolak cinta manusia, tapi aku terlalu sakit. jangan Kau tidak beri hati langsung kepadaku, tapi lindungilah aku. lindungilah aku.




Comments

Popular Posts