mengapa bukan aku?



awal ceritanya, aku berharap.

pertengahan ceritanya, aku beringat, namun masih berharap.

pengakhiran ceritanya, aku pasrah.





awal ceritanya,
diluah rasa cinta, ditolak sementah sekeras seianya kau.
dipinggir rasa, apa jua kau tak peduli kilannya aku.
jarak sedia burung terbang pun payah, inikan pula dua kaki guna menghubung. lagi payah.
bisa, aku tahan pendam bagai gila.
tetap kau umpamakan kertas dipijak dipungut.

masih awal cerita,
jarak sedia burung terbang bertambah payah, inikan pula dua kaki menghubung. bertimbun payah.
senyap aku kibarkan tanda cukup sisa bisa.

lama,
cukup lama.


satu detik indah tiba datang terpa penyapa,
kau mengiya kata suka dalam malu gaya jejaka idaman si penawan hati aku.
tiada kata, mengikat tali kebenaran rasa kita.
kerana, aku mahu kau tahu, kita punya rasa yang sama walau tidak dilebel bagai romantis mempelai.


pertengahan ceritanya,
surat cinta bagaikan mahu dikirim 27 jam dalam sehari yang cuma 24jam.

pertengahan ceritanya,
aku bagaikan pasir berlarutan ikut sama bila ombaknya menyapu sementara cuma.
terus terusan berlarutan pasirnya.

pertengahan ceritanya,
kalah segunug tinggi harapan dilempar tanpa pikir mungkin bisa terluka semu
la.
bukan sayang menggunung semata, cuma rasa yang terlebih daripada hari sebelumnya surat-surat cinta sampai selamatnya.
makin terlebih, terlebih dan terlebih.

kau, tiba bagai si bisu yang sebenarnya berdekad sebelumnya memang bisu mungkin.
apa khabar, senyap kau si bisu.
sedang apa, mendiam kau si bisu.
bagaimana kau dengan ilmiahnya, tetap kau tegar menyamar diam si bisu.

pengakhiran ceritanya,
kau umpama nahkoda kapal semena melepaskan sauh labuhnya ringan.
aku katakan aku pasrah.
tegas luarannya aku katakan aku pasrah.
dalamnya, aku lemah aku katakan aku pasrah.

dalam doa, dalm sujud, dalam diam, daalm hari, dalam bulan,kenapa pernah aku kenal kau? tetap doa pinta aku utus pada Allah kau sejahtera selama kau bernafas gembira.

kenapa tidak lampu suluh tepatnya pada aku bila kau toleh tiap penjuru?
kenapa tidak?

ya, aku tiada kuasa menjawab apa yang kau mahu.
ringannya sauh kau.









Comments

Popular Posts