berasa jengkel


bila jadi orang lain, mahu diri itu menyukai diri sebenar.
mahu ada yang menyukai diri ini, tapi, perasan atau tidak, bila kita terlalu menjadi baik untuk menjaga hati orang, kita mula rasa jengkel dengan diri sendiri.
"weyh! apahal nih!"
"bila kita baik dengan orang sangat dan selalu beralah, orang ambil kesempatan pijak kepala kita".


mahu atau tidak, jengkelan itu terus melekat pada diri sendiri, sebab nak jaga hati orang punya pasal. ada orang-orang tua pesan, biar orang buat jahat dekat kita, jangan kita buat jahat kat orang.
semampu aku, aku akan bersabar, kerana aku lebih suka diam, daripada gaduh panjang tak sudah. tetapi, bila kita mudah mengalah, pihak lawan menganggap kita penakut! wlaweiiyyhhhhhh! lu pasal!!!


kerana mengalah dan mahu menjaga hati dia lah kita dikatakan penakut dan sebagainya, padahal pengorbanan kita bersabar itu lagi di pandang Allah s.w.t.
oleh itu, tak perlu nak dikesahkan jika ada diantara anda-anda yang terpaksa mengalah kerana insan lain. tak mengapa.


senyum tak perlu fikir yang tidak-tidak :)

p/s: makin mahu dilupakan, makin ia datang. bila tak diakui, ia mahu diakui sendiri. ah! payahnnya hati!

Comments

Popular Posts