cemburu, tapi tidak
1) kita suka tengok dia
2) kita suka cakap pasal dia
3) kita nak cari alasan nak terserempak dengan dia kononnya
4) kita nak pandang dia, tapi dengan alasan kita nak pandang kawan dia yang duduk sebelah dia
5) kita nak cakap dengan dia, tapi dengan cara cakap dengan kawan dia
6) dalam diam, kita suka stalker wall facebook dia
7) dalam bising2, kita nak dia sedar kita ada dalam ramai2 orang tu
8) bila tengok dia, kita berangan
9) bila borak dengan kawan-kawan, kalau ada je kawan kita sebut nama dia, kita nak ambil tahu cerita sepenuhnya.
10) ingat dia selalu
tapi, ini pula pendapat aku bila seseorang tuh jatuh cinta pada seseorang~~~~
1) dia ada dalam hati kita, bukan fikiran kita
2) bila berhadapan dengan dia, kita jadi malu nak cakap
3) bila orang lain cakap pasal dia, kita buat2 pekak tapi sebenarnya hati kita serius gila2 nak tahu.
4) bila terselisih dengan dia, kita lagi sanggup tunduk, daripada pandang dia.
5) dalam doa kita, ada dia selepas keluarga kita
6) bila nak solat, selalu tertanya2, mampu tak dia jadi imam kita (lelaki)
7) ada rindu pada dia, tapi kita tak cakap dengan siapa2, tapi kita mengadu pada Allah
8) kita ada berita gembira, lepas bagi tahu keluarga, kita nak dia pun tahu
9) kita nak sentuh dia, tapi kita mampu menahan diri kita, kerana rasa menahan diri itu yang mengindahkan cinta kita
10) kita berharap Allah lindungi iman dia dan jatuhkan hati dia pada seseorang yang mampu melengkapkan hidup dia even bukan diri kita sendiri.
ehem! awak hensem lah dalam gambar nih. hewhew~~

nampak tak, bezanya di situ antara dua rasa ini. terpulanglah kepada si hati nak menilai. tapi ini apa yang aku alami. subhanallah, kalau cinta itu datang, ia tidak ada batasan masa. kita sendiri pun tak sedar.
bak kata apek, cinta itu umpama kain putih yang kita beli kat kamdar semiter berapa ringgit uh. heeeee~ cuma terpulang pada cara kita bagaimana nak corakkannya, nak guna kaler luna, kaler air, kaler crayon. nak yang mana?? pilih je...
#aku, entahlah, macam belum pernah rasa. p/s: nafsu itu lebih besar dari cinta kalau kita tak tahu nak lead jalannya C:
Comments