2011



sempena datangnya tahun baru nih, aku nak singkap sikit kot kenangan 2011 yang aku lalui. mungkin banyak, tapi siapa yang sabar, dialah antara orang-orang yang rajin membaca :) terima kasih dan sekalung penghargaan akan di berikan. ( dalam mimpi yee, malam nanti aku kirimkan)

awalnya, alhamdulillah aku masih bernyawa sehingga ke saat ini, sihat seperti selalunya, dan ada khabar angin yang menyatakan bahawa aku telah gemuk. tidak mengapa kata sahabatku, gemuk tanda sihat. tapi ia tak bagi aku, aku nak diet lagi. doakan ianya berjaya yee.

dalm tahun ini juga, aku mendapat keputusan spm. alhamdulillah juga ia memberangsangkan. bukan nak tunjuk bagus, tapi alhamdulillah yang mampu aku ucapkan sehingga ke hari ini.

kemuadian, menjalani semester pertama dengan takutnya. maklumlah baru pertama kali berjauhan beribu batu jauhnya dari ibuanda serta ayahanda tercinta. mohon dariNya, aku dipermudah segala urusan. walaupun tak selalunya kita akan senang, tapi, itulah yang aku harapkan. bukan nak pentingkan diri dengan dapat semuanya berjalan lancar. tidak. aku cuma berharap dan berharap terus.



persahabatan, bukannya semuanya akan nampak indah. kadang-kadang ianya bagai cendawan yang tumbuh melata, banyak sangat! tapi, tak semuanya baik. ada juga yang rosak, ada juga yang sangat2 berguna. alhamdulillah juga, yang aku temui, mereka menerima kelemahan aku seadanya. tapi... rajuk, tawa, nangis, itu biasa.

dan yang terakhir juga bila di ingat-ingat kembali, cinta yang datang lepasnya. ianya berlainan dari yang sebelumnya. kenangan lama, tak mungkin aku lupa, dan ia tidak akan pernah aku kesali. dan yang datang kini, ianya hanyalah dari hati aku yang datangnya dari Allah. kondisinya kami, aku tidak tahu bagaimana. mulanya, dalm diam aku suka kan dia. tapi, jalan Allah,aku tak duga. ianya berterusan dan ianya sendiri. tiada balasan. walauupun ianya tidak ada awal dan akhir yang baik, bila nama dia terlintas kini pun, ada getar yang hadir. mungkin bagi kalian, ianya agak bunyi romantis dan beremosi hiperbolasi. bukan niat nak mengada-ngada, tapi aku pun tak tahu macam mana nak berkata tentangnya. bak kata orang, bila kita simpan, ia akan makin terserlah. maaf andainya ada yang geli membaca, tapi ia fitrah manusia. tidak salah andainya di sini tempatnya aku megalirkan adrenalin yang berlebihan. ditinggalkan, itu perkataan yang mungkin sesuai bagi hati ini. bukan salah dia, tapi salah aku yang jatuh terlalu dalam. sangat dalam. dan aku tidak tahu bila ia akan berakhir walaupun kenyataannya ia sudah bernoktah.

aku tidak minta untuk disakiti, apa lagi di khianati. tapi apa yang terjadi, ia adalah perkara yang mematangkan aku. menjadikan aku lebih tabah. menjadikan aku lebih kuat. menjadikan aku lebih berdikari. ya, cinta menjadikan manusia ke arah yang lebih baik walaupun ianya sakit.


nota: aku masih mampu tersenyum walaupun ianya kadang-kadang ada rasa yang aku tahan yang mampu buat aku jatuh. azam baru, biarlah ianya menjadi rahsia Allah dan hambanya ini saja.

Comments

SYAHMI said…
jgan la bersedih wahai Afiqa...memang manis jika bercinta...

tapi jganlah terlalu menyukai seseorang kerana kelak dia mungkin menjadi org yang paling kita benci

jgan pula membenci seseorang krana mungkin dia yang akan jadi insan yang kita suka...

manusia merancang tetapi sebaik2 perancangan mereka,perancangan allah lebih berkuasa ke atas mereka

tabahkan hati....dan selamt beramah...^_^
pikaazmn said…
insya Allah. terima kasih :)

Popular Posts