SPM is coming?


sambil-sambil aku minum malam nih sebelum tidur, ada sedikit perkara yang ingin aku kongsikan bersama.

ni zaman aku SPM. kalau tak silap masa subjek agama. see, it me! still young~ hha

sempena kemunculan SPM, aku nak ucapkan lah SELAMAT MAJU JAYA kepada adik-adik (mcm aku besar sangat jek kan. hha)

sedikit tips:
*mulakan setiap langkah pagi dengan bismillah.
*salam kedua ibu bapa.
*sarapan secukupnya.
*jangan bukak buku di akhir waktu, time2 gentinglah kalau kita kelam kabut, semua memory boleh TERPADAM TIBA-TIBA. AWAS!!


cukup dengan tips, ini sedikit ilmiah:

jadikan, tuntut ilmu itu sebagai ibadah.
jangan terlalu mengharapkan keputusan yang terbaik.
ikhlaskan lah kerana Allah.
kerana aku pernah mengalaminya jika terlalu berharap kejayaan yang menggunung, kemudian, akhirnya menghampakan. aku terlalu kecewa. setahun pun belum cukup nak baik.

pengajarannya, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita, kerana Allah semata-mata.
kerana jika kita BERJAYA, kita tidak akan terlalu mendabik dada.
dan jika kita TIDAK BERJAYA, kita tidak akan terlalu kecewa.
kerana, kita dah didik diri kita ikhlaskan belajar kerana Allah.
aku juga belajar dari kesilapan, harap kalian juga :)

Comments

Popular Posts