kata dia, aku, orang lain.
kata orang cinta buta.
kata kawan aku cinta tak buta, tapi manusia yang kendalikan cinta itu yang buta kalau dia salah manjaganya.
aku tak mahu di abaikan, begitu juga sesiapa juga yang dalam hatinya ada insan yang dia sayang.
kalau suka, kata suka.
kalau tak suka, kata tak suka.
tapi, zaman moden, perempuan dan lelaki sama ego.
apa yang di rasa, tak nak cakap. kadang-kadang malu. betul?
tapi, jangan salahkan sesiapa. itu kelemahan manusia, kan ia ladang pahala bagi manusia lain juga.
tapi, sekali dah cakap dalam apa juga cara, jangan macam tak serupa bikin.
ayah kata, cari lelaki yang betul-betul sayang kita, jangan cari lelaki yang kita sayang dia lebih. sebab apa? sebab zaman sekarang, susah nak cari yang terbaik. aku, masih muda, tidak mengharapkan yang terbaik, cuma soal ini, aku hilang titiknya. awalnya juga aku tak tahu. perjalanannya, aku mahu setia. tapi kenyataan dia, bukan seperti sebelumnya.
kata ibu, pantai berubah, inikan pula hati manusia. sekali ada, jaga. sekali ada, belajar. sekali ada, hargai.
sekali ada, terima. sekalia ada, jangan mudah berpuas hati.
mungkin perjalanan masih jauh, jangan di ikutkan sangat.
aku, kata orang mudah berubah. tapi aku cuba apa yang termampu.
dulunya hati yang duduknya diam-diam.
sekarang, duduk lagi pun, tak pasti.
p/s: rasa yang sama sebelumnya.
kata dunia sebelah zara, hal ini tak boleh di paksa.
biarkan ia sendiri datang.
kalau nak ubah un, tak mungkin kekal lama.
jangan harapkan dia terima kita, sebab nanti ada kekurangan yang akan di ungkit sepanjangnnya.
sayangi diri dikau, dan kemudian cinta yang kau sayang akan datang dengan sendirinya, tanpa kau mengemis.
Comments