pesan


ibu:
angah, belajar betul-betul.
makan jangan kedekut.
ibu sayang angah.

ayah:
doublekan usaha. ayah tahu anak ayah tak pandai mana. tapi kalau usaha. mesti dapat. insya Allah.
jangan tinggal solat.
jaga diri.


kakak:
cuba je bawak course angah tu. mesti boleh. kakak tahu angah bole buat.

abang:
jaga diri. makan jangan kedekut.

kawan:
(banyak sangat) tak terkata. cuma ingat tak ingat je aku nih. aku tak cari kawan untuk di buang-buang bila dah kenal. tapi, saling melengkapi. salah, tegur. susah senang, sama-sama bantu.

manusia hidup tak lama.
buatlah baik ibaratnya kita akan mati esok hari.
agar amalan baik kita memberatkan timbangan kanan kita.


senyum selagi mampu.
tapi kadang-kadang ada senyuman yang zahirnya gembira, tapi dalamnya, hanya Tuhan saja yang tahu apa rasa sebenarnya.
bersyukurlah jika kalian pernah di pertemukan dengan sesiapa, walaupun hanya sebentar.
kerana apa yang berlaku tak pernah salah, tapi ia adalah pengalaman hidup yang mematangkan manusia.



Comments

Popular Posts