hajat saya.


pertama: nak ada rumah sebelum kawin, insya Allah.

bak kata ayah, jangan sibuk nak beli kereta kalau tak ada rumah, sekurang-kurangnya kalau ada rumah, bila nak tidur selesa, nak membuang air kecil dan besar (sila beradab sopan. hhe) ada tempatnya. berbanding dengan kereta, mana ada tandas!

kedua: nak ada kerjaya, insya Allah.

bila ada kerjaya, ada savings. bole lah bermimpi-mimpi nak beli sesuatu yang di idamkan. nak beli barang mahal-mahal pun boleh, insya Allah. then, kita akan belajar hargai sesuatu itu bila nak dapatkannya susah.

ketiga: ibu ayah di dahulukan, insya Allah.

ini yang akan aku buat sepanjang hidup aku. kerana mereka, aku mampu berdiri kini. bila jatuh, aku tak perlukan banyak dari mereka, cukup dengan, "angah, kuatkan diri, nak". aku pasti mampu. ya, itu janji Allah, kasih sayang anak-anak dengan ibu bapa sangat suci. ibu, ayah, mungkin angah tak mampu balas segalanya, tapi insya Allah angah akan sayang ibu ayah selamanya. amin~


pada Dia juga aku harapkan untuk semua ini.

Comments

Popular Posts