indahnya dunia



indahnya dunia ciptaan Dia.

kalian nak apa?
semua ada.

cuma usaha yang menentukan kita dapat atau tidak.
kadang-kadang tak dapat juga, tapi kerana Dia dah merancangkan yang terbaik buat hambanya.

nak berjaya dalam pelajaran, rajinkan diri buat ulangkaji, usaha yang istiqamah (berterusan), doa, tawakal.
nak gagal, senang je, tak payah belajar.
mak ayah pesan suruh belajar, buat je tak tau.
yelah, nama pun tak nak berjaya.


tapi, cuba fikir semula, buat apa mak ayah pesan baik-baik selalu?
sebab mereka mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.

bak kata ayah, "kalau ayah jadi peniaga, ayah tak nak anak ayah bersusah payah jadi peniaga juga"

bak kata ibu, "jangan risau pasal duit, tanggungjawab awak belajar je. ibu dengan ayah tahulah nak uruskan pasal duit"

indahnya dunia bila Allah ciptakan insan yang amat mencintai kita, cuma kita je sedar ataupun tak betapa beruntungnya kita.

ketika adam diciptakan oleh Allah, malaikat bertanya, "kenapa Kau mahu mencipta manusia, sedangkan kami ada menyembah mu sepanjang masa, sedangkan juga manusia nanti akan berbuat jahat dan pertumpahan darah di muka bumiMu?" SESUNGGUHNYA ALLAH TAHU AKAN TIAP-TIAP SESUATU YANG DIJADIKAN.

siapakah kita menolak kekuasaan Allah, sedar atau tidak jari ini terus-terusan melakar segala yang terlintas di fikiran.
berfikir indahnya dunia dengan cintaNya dan kasihNya.







Comments

Popular Posts