permintaan


ibu, tolong sayangi angah selamanya.
ayah, didik angah selamanya.
along, kasihi angah selamanya.
abang, kasihi angah juga selamanya.

angah tiada yang lain melainkan kalian.
keluarga tercinta.
walau di mana pun. ianya anugerah terindah yang Dia berikan.

tegur angah jika ada silap salah.
nasihat angah jika ada yang tidak kena.
sedapkan hati angah jika angah bersedih.
angah tak mampu jika sendiri sebab memang Dia tentukan manusia itu tidak mampu berdiri sendiri.
amat perlu kalian dalam hidup angah.
doakan kesederhanaan dalam kejayaan angah, agar bila angah berjaya, kalian masih di sisi, bukan di sisihkan.
niat angah mahu di iklaskan kerana Allah, supaya bersederhana.

bakal cinta angah, mudah-mudahan berjaya juga.
i know u will.
usaha. doa. tawakal.
insya Allah, Dia akan bantu.
ye, Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya.


dunia semakin kejam. aku tak tahu kenapa. kerana terlalu banyak perkara yang dikhuatirkan. (sampai rambut pemimpin putih, runsing memikirkannya)
orang kata kita berada pada akhir zaman.
beribadatlah ibarat esok kita mati.
berusahalah untuk berjaya ibarat esok kita masi
h hidup.




anugerah ini tak kekal. di sana nanti, tiada lagi kalian di sisi.
masing-masing sibuk dengan hal sendiri. sedihnya bila difikirkan lama-lama. sendiri berpijak di tanah ciptaannya. mudah-mudahan kita di permudahkan jalan duniawi dah ukhrawi. amin~



Comments

::BoLa BuLaT:: said…
sebak aty aq bce .. :'(

Popular Posts