bertambahnya rindu di kala ramadhan menjelma
ini betul datang dari hati. terlalu rindu rasanya dengan keluarga. ya, mereka jauh di mata, tapi dekat di hati. itu buat aku sedar aku harus belajar bersungguh-sungguh. ramadhan kali ini aku sambut dengan penuh keberkatan, alhamdulillah. saat ini, aku bersyukur kerana masih bernyawa. ia datang dengan penuh rahamat. Dia Maha Berkuasa, subhanallah.
pagi-pagi lagi ibu dah telefon kejutkan bangun sahur.
aku terlalu rindukan mereka. sungguh!
siapa yang tidak sayangkan keluarga?
aku sangat sayangkan mereka.
Allah itu Maha Kaya, tiap sesuatu yang di jadikan ada hikmahnya. namun, semua itu hanya pinjaman.
tapi Ya Allah, jika kali ini ramadhan kami sambut jaraknya jauh beribu batu, jadikanlah ianya barakah bagi kami.
amin~
duhai pembaca,
penuhilah ramadhan kali ini dengan amal ibadat, sedaya yang kalian mampu laksanakan.
jika dahulu, serinya kurang, tambahkanlah ia.
jangan di anggap puasa itu satu beban, kerana ia adalah anugerah yang Allah beri pada umatNya.
selamat berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat.
mudah-mudahan kita dirahmati dan diredhai~
amin.

Comments