suka tak bermakna cinta, mungkinlah.



dear my readers.

aku dalam keadaan begini sekarang. susah nak aku luahkan dengan manusia, walaupun aku kini masih di kelilingi mereka yang aku sayang dan cintai. bukan niat nak belakangkan, cuma susah nak dikatakan.
hanya pada Dia cuma.
hati yang hanya di beri pinjam kini berhadapan dengan masalah. aku terlalu takut dah khuatir berjauhan dengan keluarga dan mereka yang aku sayang. sementara aku masih punya waktu, aku akan menhampiri mereka. sementara aku masih hampir dengan mereka semua, aku akan berhubung segembiranya dengan mereka.
aku mahu mereka tersenyum di hadapan ku, agar aku puas.
aku mahu dengar tawa mereka di telingaku, agar aku lega.
mungkin ada juga yang sudah jemu dan bosan, tapi aku tidak mampu berbuat apa. aku cuma mahu masa yang aku ada di isi dengan perkara yang dapat mengembirakan aku, depan mata aku, dekat dengan hati aku. tidak perlu jauh berbatu-batu. tapi nanti, bila dah jauh, aku harus belajar merindui, menghargai, dan lebih mengasihi mereka. ruang yang terlalu lama nanti bila tidak bersua muka, ruang yang terlalu lama nanti bila tidak senyum dan ketawa bersama, menjadikan aku kemungkinan rebah. tiada tongkat nak ku sandarkan diri untuk kekuatan diri dan semangat untuk mencapai cita-cita. subhanallah, oleh kerana itu aku memperuntukkan masa dengan kalian yang aku sayang dan cintai. ya, sementara masih punya waktu terluang dan masih dekat. akan aku pohon pada yang Maha Kuasa untuk menguatkan aku bila berjauhan dengan mereka. ya, mungkin aku akan rebah jua, tapi tidak seteruk yang disangka kerana adanya Dia, tempat aku bergantung segala. insya Allah.
*maaf kalau kau tak suka cara aku. bukan niat nak rimaskan kau, tapi kau aku sayang seperti meraka. kau juga penting, mugkinnya. aku belum pasti, tapi Dia tahu segalanya yang aku tak tahu. semoga berjaya di sana jua. amin.

Comments

Popular Posts