kemas. doa. pergi.

that all i can say right now.
too many things i have to remember before i further my study.
aku akan pergi ke utara sana, barat sikit. tapi masih dalam semenanjung. maaflah, aku bukan pandai tahap pandai. eh, aku tak tahu nak kemas apa. sebab nilah kali pertama aku mahu berpisah jauh dari keluarga tercinta. sumpah, dalam kekeliruan sekarang. == sebenarnya, aku teruja dapat sambung belajar. tapi dalam masa yang sama, aku tak suka apa yang aku rasa, iaitu perasaan takut berjauhan. entah apa patut aku luahkan sekarang pula. ya Allah, kuatkan hati ini sebagaimana Kau kuatkan umat sebelum aku. mudah-mudahan jalan aku menuntut ilmu di permudahkan. aku bukan nak kejayaan menggunung, cuma mahukan kejayaan yang dapat aku manfaatkan di dunia dan akhirat. insya Allah. niat yang tidak seberapa ini akan aku jadikan menu utama dalam senarai hidupku. di samping demi menggembirakan kedua ibu dan bapa.
buat ibu dan ayah, angah tak ada apa yang mampu diberi, melainkan doa nanti apabila berjauhan.
buat along, angah tak ada niat nak tinggalkan along suruh jaga ibu, tapi dah rezeki dapat sambung di sana.
buat abang, sudah tiba masnya kau belajar ketiadaan angah nak marah-marah kau bagai. nak nasihat-nasihat kau bagai. dengar cakap ibu ayah.
dan buat seisi keluarga, angah mahu dititipkan doa agar berjaya mengharungi dunia baru dan agar tidak lupa pada yang Maha Kuasa.
amat perlu doa dari kalian. amat perlu juga nasihat yang tidak berbelah bagi dari kalian.
sahabat handai, semoga berjaya juga.
kerana, aku bukan yang sesempurna dari yang sesempurna.
kerana, aku khuatirkan masa hadapan aku yang tidak aku ketahui lagi.
kerana, aku selalu bermimpi di siang hari akan berjaya tapi hakikatnya aku perlu berusaha dan tawakal sedaya mampu dengan segala khudrat.
insya Allah.
seindah mawar berduri.
seindah muslimin sejati.
seindah siswi berpotensi ukhrawi dan duniawi.
amin.
Comments
awak buakn tinggalkan saya untuk jaga ibu tapi awak tinggalkan saya je. kewajipan saya untuk jaga ibu walaupun awak ada. oke syg ?
doakan angah ye. mudah2 han berjaya. amin