apa nak buat sebelum pergi sana?



aku ada benda nak cakap dengan seseorang.
tapi, bila fikir-fikir semula, mungkin biarlah ia menjadi rasa aku seorang.
blog tempat aku hamparkan segala rahsia.
mungkin ada yang memahami.
mungkin ada yang tidak.

aku rasa macam nak nangis bila dengar lagu sedetik lebih.
kalau kalian mengikuti blog aku, post ini kemungkinannya bersambung dengan tajuknya ala2 ade tajuk lagu anuar zain tuh, sedetik lebih.
janji aku mahu menjauhi dia, tapi makin aku cuba, makin kuat pula rasa ini.
ak pernah rasa semua ini dulu, tapi segalanya aku yang mulakan.
biarlah mungkin kali ini, aku simpan saja.
hanya Dia yang tahu rasa ini yang sebenar.
kepada yang aku percaya, aku luahkan rasa ini agar aku rasa sedikit lega.

perlu atau tidak di nyatakan pada dia, aku pun tak pasti.
dalam masa yang sama, aku takut orang lain ambil dia.
dalam masa yang sama, aku takut dia tidak mahu.
dalam masa yang sama, aku rasa perit nak simpan saja.

mungkin aku perlu menggangapnya sebagai biasa, itu pesan along.
mungkin itu yang baik.
aku minta ramai pendapat, tapi ada yang menyokong, ada yang tidak.
aku nak dia, tapi aku tak nak.
entahlah, susah nak pilih jawapan.

ya Allah, aku mahu dia.
tapi, aku tidak berdaya berbuat begitu.
izinkan aku menunggu dia.
jika dia buatku, tetapkanlah hati ini.
aku tidak mahu mengejar yang lain.
penat sudah hati ini memilih dan menilai manusia.
dulu, aku pernah mengalaminya, alhamdulillah, ianya berjalan baik.
tapi, kerana tuntutan aku pada Dia, Yang Maha Kuasa, aku tinggalkan dia.
tapi, dengan kuasa Dia juga, buat kesekian kalinya, ia hadir tanpa perlu aku sendiri izinkan.

kata along, mungkin bila angah dah sampai sana, angah akan jumpa yang lain.
benar juga katanya, tapi aku tak tahu aturan Dia buatku.
aku hanya mampu merancang.
kataku padanya, aku ke sana untuk belajar, bukan untuk mencari teman.
tapi dia tak mengerti.
tak mengapa, mungkin siapa tahu aku akan berjumpa lagi dengan seseorang insan.
entahlah.
dia punya cita-cita.
aku juga.
cita-cita aku, dia salah satunya yang tersenarai.
tapi dalam cita-cita dia, tak mungkin ada aku.

ya, aku hanya merancang, Dia yang menentukannya.
mudah-mudahan jalanku menuntut ilmu dipermudahkan.
itu matlamat aku kini.
aku tidak mahu kalah sebelum habis perjuanganku.
insya Allah.
amin.
kalau ade jodoh, tak kemana. insya Allah.
semoga berjaya buat dia.

Comments

mahsuri modern said…
salam..kenapa ak bce ak lak yg nk nangis..
hem..beb..rlex la..awk blum kluar lg..ble dh kluar nnti bru tahu..ok..senyum xperlu kata ape2~~
pikaazmn said…
oke. terimas kawan. :) doakan kite yek.

Popular Posts