mahu sedetik lebih

subhanallah.
ya Allah, kenapa Kau berikan lagi rasa sayang ini?
sedangkan aku tidak mampu menggalasnya.
sedihnya aku ya Allah.
dia yang kini Kau hadirkan menjauhi aku dalam anggaranku.
aku rasa aku tidak patut mencarinya.
tapi sekian kalinya Kau hadirkan rindu aku pada dia.
ya Allah, mengapa dia?
patutkah aku mempersoalkan setiap apa yang Kau anugerahkan?
aku memahami, tapi dia tidak,mungkinnya.
ya Allah, aku tidak tahu apa yang Kau rancangkan buatku.
cuma, aku tahu bahawa setiap satunya Kau beri adalah yang terbaik. mudah-mudahan.
aku mahu belajar dari kesilapan lalu dan pengalaman.
duhai insan yang mengenali diri ini, aku akan setia bersama kalian, walau apa jua keadaan.
tetapi aku tidak mampu bertahan andainya kalian yang membuang aku.
rahsia, akan aku jaga sempurna.
subhanallah, aku perlu bersyukur atas segalanya.
sekian kalinya aku menangis atas dugaan kecil ini.
kebelakangan ini aku sedar yang aku sukar menitiskan air mata apabila berasa sedih atau bimbang.
dulu, ibarat tisu yang mudah koyak aku akan menangis.
pengalaman mendewasakan aku.
peristiwa hitam keluarga membuatkan aku sekental itu.
tapi malam ini aku ibarat berada di malam peristiwa hitam itu lagi.
di siatnya hati aku.
sungguh, aku terkilan ya Allah.
hanya kepada Kau aku mahu-semahunya mulai detik ini.
subhanallah.
janji aku kina hanya mahu membahagiakan ibu dan ayah dan semua keluargaku. mudah-mudahan aku mampu melakukannya dengan izinNya. insya Allah. amin. tiada yang lebih bernilai dari mereka.
Comments
sentap bace... huhu