kepura-puraan yang membawa sakit



aku, kenapa aku macam ini? aku lebih suka jika berpura-pura suka, sedangkan aku tidak suka. semua aku buat semata-mata hendak menjaga hati mereka yang aku sayang. tapi sampai bila? aku harap mampu ubah sikap ini agar mereka juga tahu perasaan aku, tahu jaga hati aku. aku tidak minta banyak, cuma kisahkan sedikit perasaan seorang manusia biasa. jangan semuanya mereka yang betul. kadangkala mereka buat aku sakit hati gara-gara perbuatan mereka, tapi aku lebih suka diamkan. aku bukan bagi mereka bermaharaj
alela memijak kepala aku! tidak sama sekali, cuma malas hendak panjang-panjangkan masalah. tapi mereka anggap aku penakut hendak melawan mereka, hasilnya mereka sering sahaja menang. aku juga kadang-kadang mahu berasa menang, tapi berbaloikah? aku cuma tidak mahu bergaduh dengan mereka yang sekian lama menjadi temaku. memang mereka menyakitiku, tapi aku lebih tinggikan kasihku pada mereka.aku pasti memaafkan seiapa sahaja, tapi aku perlukan masa.




Comments

Popular Posts