aku dah matang sikit

ke hadapan pembacaku yang di kasihi sekalian.
harap anda berada dalam kondisi yang sihat sejahtera.
adakah itu dinamakan matang?
bolehlah tu.haha.
kemana saja aku pergi mesti orang panggil kakak, walaupun orang tu lagi tua dari aku. geram pun ada juga. tapi tak apalah. siapa yang kenal aku sahaja tahu aku akan matang bila tiba masanya. selebihnya aku bermain-main dan bersuka-suka dan bergila-gila. mulut jangan kata. potpetpotpet sahaja kotlah. haha
amboi. amboi. kau orang memang pengaruh amat besar. tengoklah, aku dah lari dari tajuk! hehe
manusia, tidak akan pernah berhenti belajar sesuatu.
sepanjang aku hidup tidak pernah aku sangka akan jadi begini.
aku kesal. aku sedih. aku kecewa.
segala rasa sarat aku tanggung sepanjang masa.
dari itu aku belajar untuk tidak mempercayai orang lain dengan mudah. jangan haraplah lagi. manusia sanggup lakukakan apa-apa sahaja asalkan mereka puas! dendam? tidak mungkin, aku bukan sesiapa mahu membalas perbuatan sesiapa. tapi aku cuma belajar. kau orang juga. jangan terlalu mudah percayakan orang. nanti macam-macam mereka sanggup lakukan untuk pijak kau orang. nak percaya, biarlah berpada. sesiapa yang telah pun memijak kepala sesiapa, tolonglah jangan buat lagi. mereka itu adalah golongan orang yang muflis di akhirat kelak. aku bukan mahu tunjuk aku baik atau apa-apa pun, cuma mahu pengajaran ini kita kongsikan bersama.
mahu tak mahu, aku nak juga perli. jangan ambil hak orang wahai manusia yang telah diciptakan sebaik-baik kejadian. buruk padahnya mungkinlah. aku bukan yang maha kuasa mahu menghukum, cuma mahu menjadi salah satu remainder di kepala otak kau orang. bukan niat nak kasar bahasa, tapi memang manusia kini kurang di ajar. oleh siapa, entahlah aku pun tak tahu.
Comments