aku cintakan dia!



aku nak cerita pengalaman aku. membuktikan segalanya. masa aku jatuh motor, nama yang pertama aku sebut ialah ayah. kejamnya aku, patutnya aku sebut ibu. jahatnya aku. padahal aku meletakkan ibu yang pertama dalam hidupku. sejak hari itu aku keliru. tapi, lama-lama aku tahu, ada sesetengah perkara yang kita tidak perlu luahkan dengan kata-kata. betulkan? aku mahu cintakan diia melebihi segalanya. dia yang bergadai nyawa buatku. haha. tergelak bila ibu cerita yang bila aku lahir, aku di letakkan dalm dulang. mesti kau orang senyum-senyum sumbing untuk aku kan?? tak pe, tak pe. ada ubi ada bas, ada hari aku balasss. haha.

tahu siapa yang akan risaukan aku masa jatu motor tu?
mestilah ibu, malam tu ibu jaga aku.
bila aku nangis, dia gosok kaki tempat luka aku dengan penuh kasihnya.
ibu, tulus aku mencintai mu.
aku bukanlah anak yang setia akan mu, tapi aku tidak mahukan sesiapa lagi melainkan mu untuk aku kasihkan ebagai ibu.
bila ibu tak senyum sehari, angah rasa angah ini macam tak guna jadi anak yang tidak tahumenggembirakan ibu. ,maafkan angah.
benar, kasih ibu membawa ke syurga.
penting snagatkah??
ya, ya, memang amat penting. dalam rahim mu aku di benihkan dengan rasa kasih dan cinta mu yang agung.
bila kelahiranku tiba, ibu sambut dengan kegembiraan yang tidak terkata. benarkan ibu?
banyak lagi pengorbanan mu ibu.
percaya atau tidak, aku amat mencintai mu! tanpa ragu. tanpa selindung. tanpa kecewa. tanpa risau.
hanya gembira. hanya cinta abadi. hanya kasih tulus anakmu!

Comments

Kalyisah said…
saya pun cintakan ibu awak juga !

Popular Posts