bercinta lagi di syurga
selepas cinta halal, ada lagi cinta iaitu di syurga yang kekal abadi.
untuk suami dan isteri yang soleh dan solehah,akan didampingi oleh bidadari dan bidadara yang jelita dan rupawan.
jelita dan rupawan itu tidak dapat kita gambarkan kerana ia melebihi dari apa yang kita fikirkan.
tidak terkata dek lidah.
terlalu jelita dan terlalu rupawan.
aku perempuan.
kau orang?
aku tanya sebab patut tak kita cemburukan bidadari dan bidadara yang mendampingi cinta halal kita?
di dunia kita memang akan rasa cemburu.
tapi kelak, di syurga, semuanya indah belaka.
tiada cemburu sagala.
terlalu kerdil diri kita untuk mencemburui itu semua.
tapi kelak, jika kita melaksanakan kewajipan dengan baik dan amanah,insya Allah kita akan menjadi ketua bidadari atau ketua bidadara bagi cinta halal kita.
akan bercinta lagilah kita dengan cinta halal kita.
amin.
Comments